in ,

Genei Ibun Roku #FE : Crossover Shin Megami Tensei x Fire Emblem Sudah Keluar Di Jepun!

Para kipas-susah-mati Nintendo Wii U, Shin Megami Tensei & Fire Emblem bergembiralah! Genei Ibun Roku #FE sudah keluar di Jepun pada 26 Disember-2015!

Atlus USA juga berjanji akan mengeluarkan versi Bahasa Inggeris kepada kita semua yang tak faham Bahasa Jepun pada 2016! Weeeehuuu!

Genei Ibun Roku #FE adalah game bergenre JRPG (developer menyebutnya sebagai J-Pop RPG .. LOL) yang mempunyai elemen-elemen dari siri Shin Megami Tensei dan Fire Emblem. Jika anda adalah peminat setia siri ini, anda pasti tidak mahu terlepas pandang dari game yang macam best ini!

fe7Bertempat di Tokyo, Genei Ibun Roku #FE mengisahkan tentang sekumpulan remaja dari Fortuna Entertainment yang kemudian muncul menjadi “Mirage Masters”.

fe5

Mirage Masters boleh meminjam kuasa dan bergabung dengan Mirage, sejenis soul seorang pahlawan dari dimensi yang lain, untuk menyelamatkan manusia sejagat dari Mirage lain yang jahat dan mereka-mereka yang cuba memanipulasikan Mirage untuk kegunaan jahat mereka.

fe6

Apabila berada di dalam dungeon, hero dan heroine kita bole bergabung dengan Mirage dan serta merta pakaian mereka turut berubah. Ini dinamakan “Carnage Form”.

fe2

Semestinya, apabila anda berada dalam Carnage Form, power anda adalah lebih awesome dan anda boleh melakukan lebih banyak aksi yang bombastik dan over the top sangat!

fe9

Kepada peminat genre JRPG di luar sana, anda pasti tidak mahu terlepas dari bermain Genei Ibun Roku #FE apabila ia tiba di pasaran kita kelak! Saya tahu saya takkan terlepas!

fe8
Uh.. Saya sangat dah bersedia nak lawan ni!

Written by Suria Sun San

Lead Writer JRPG ini hidup, bernafas, makan, tidur, dan bercinta dengan JRPG. Sentiasa.

Comments

Leave a Reply

JomKomen!

Loading…

0

Resident Evil Zero: Permulaan Kemusnahan Racoon City

One Piece Burning Blood: Pertarungan Epic Antara Lanun!