Discord sebelum ini telah memberikan percubaan beta untuk gedung jualan game online mereka untuk para pemain di Kanada sahaja. Kini, Discord telah membuka sesi beta tersebut kepada semua pemain di seluruh dunia.
Senarai game yang ditawarkan dalam gedung game Discord ini masih sedikit. Antara yang ada ialah Frostpunk, Red Faction Guerrilla Re-Mars-Stered, Subnautica, and Pillars of Eternity 2 dan beberapa game “First on Discord” yang tidak akan dikeluarkan ke platform gaming lain.
Di samping itu, Discord turut mempunyai servis langganan premium mereka tersendiri, yang digelar Nitro. Melanggan dengan harga USD9.99 (~RM41), pemain akan disajikan dengan senarai game tanpa had (lebih daripada 60 game) yang ada dalam Discord store. Discord mengatakan yang mereka akan menambah beberapa game baru dengan kerap bagi memastikan senarai game yang ada dalam Nitro ini sentiasa segar dan berkembang.
Korang boleh usha Discord store dengan klik sini, dan korang kongsikan dengan kami apakah ada game yang menarik untuk korang dapatkan di sana atau tidak.
Sumber: PC Gamer
Comments
Loading…