Microsoft telah mengumumkan Gears Tactics, sebuah game turn-based strategy dipersembahkan semasa persidangan E3 2018 tadi.

Dari gameplay yang dibentangkan tadi, korang boleh mengawal beberapa orang askar COG dan berlawan dengan Locust.

Tidak ada disebut karakter dari mana-mana francais Gears of War yang akan ada dalam game tersebut. Tapi Gears Tactics ialah prekuel yang berlangsung 12 tahun sebelum game Gears of War yang pertama.

Ini bukan kali pertama Microsoft menjadikan francaisnya yang terkenal ini kepada game turn-based strategy. Pada tahun 2009, syarikat itu telah mengeluarkan Halo Wars yang dihasilkan oleh Ensemble. Pada tahun lepas, Microsoft telah mengeluarkan sekuelnya, Halo Wars 2.

Tidak seperti kedua-dua game tersebut yang mengubah pengalaman game strategi PC ke konsol, Gears Tactics hanya akan boleh dimainkan di PC Windows 10 sahaja.

sumber: polygon

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.