in , , ,

Gears of War + Funko Pop = Game Mobile Terbaru, Gears Pop!

Francais Microsoft, Gears of War telah memperkenalkan game mobile yang diinspirasikan dari Funko Pop iaitu Gears Pop!

Trailer yang dimainkan semasa pembentangan Microsoft di E3 menunjukkan figura Funko Pop yang comel beraksi. Gears Pop! sememangnya satu pengalaman yang baru bagi Gears of War.

Gears Pop! sedang dibangunkan dengan kerjasama dari Funko Pop. Figura Gears of War Funko Pop mempunyai 16 jenis figura dengan pelbagai variasi yang boleh didapati di pasaran.

Ini merupakan buat kali pertama bagi francais game Gears of War dihasilkan untuk platform mobile. Satu-satunya game yang tidak berada di konsol mahupun di PC bagi game Gears of War ialahΒ board game iaitu Gears of War: The Board Game yang dikeluarkan pada tahun 2011.

Gears Pop! akan dikeluarkan untuk peranti-peranti iOS dan Android pada tahun 2019.

Sumber: polygon

Written by Danial DaxZuher

Seorang penulis yang suka bermain game menembak, membaca novel aksi, mendengar lagu OST video games dan movies serta mencipta cerita pendek.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Fallout 76 Akan 4x Lebih Besar Daripada Fallout 4 – Jom Tengok Gameplay Trailer!

Gears Tactics: Game Gears of War Bergenre Turn-Based Strategy Terbaru Untuk PC