Berita baik untuk pengguna konsol Xbox terutamanya kerana game hangat mereka iaitu Gears of War 4 sudah pun mempunyai tarikh release! (Hmm jeles betul!)
Gears of War 4 akan berada di konsol Xbox 360 dan juga Xbox One pada 11 Oktober 2016. Ini diumumkan sendiri oleh developer – The Coalition di laman web mereka semalam.
Gear of War 4 ini dikatakan membawa jalan cerita yang baru serta penampilan watak-watak yang juga baru termasuk JD Fenix – anak kepada karakter utama Gear of War terdahulu iaitu Marcus Fenix.
Dan yang lebih menarik lagi ialah Beta Multiplayer Gears of Wars 4 akan menemui peminat-peminat mereka pada 18 April ini bagi mereka yang bermain untuk Window PC dan juga Xbox One versi Gears of War: Ultimate Edition.
Bagi pemilik akaun Xbox Gold Live mereka boleh memainkan Beta tersebut pada 25 April 2016. Beta ini dikatakan akan berlanjutan sehingga 1 Mei 2016!
Jom kita usha sikit gambar yang dikatakan akan menjadi muka depan untuk kotak game Gears of War 4 ini.
ADIOS!
Comments
Loading…