in , ,

Garena, Kodansha Umum Kerjasama – Bawa Kandungan Attack On Titan Dalam Free Fire

Garena pada hari ini telah mengumumkan kerjasama global bersama Kodansha untuk membawakan kandungan Attack On Titan ke dalam Free Fire.

Kerjasama ini menyaksikan satu kandungan crossover antara salah satu anime paling popular di dunia pada ketika ini dengan salah satu game shooter mobile paling ramai dimainkan.

Antara kandungan Attack On Titan yang bakal disajikan dalam Free Fire ialah kostum warna Survey Corps division, kostum diinspirasikan dari Titan, serta lain-lain kosmetik seperti skin senjata.

Tiada tarikh tepat pelancaran diumumkan buat masa ini, yang mana Garena hanya menyatakan kandungan ini akan dibawakan pada bulan Mac ini.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Sony Raikan Tahun Baru Cina Dengan Pelbagai Diskaun Di Kedai Fizikal Dan PS Store

PS5 Terjual 4.5 Juta Unit Setakat Disember, Sasarkan 14.8 Juta Dalam Tahun Kedua