Google dengan kerjasama Niko Partners telah mengeluarkan satu laporan menarik tentang perkembangan industri game mobile di Asia. Di bahagian Asia Tenggara, beberapa data menarik dapat kita ekstrak.
Dalam laporan ini, mereka telah mendedahkan sepuluh game mobile yang paling untung di Asia Tenggara untuk suku pertama tahun 2020. Gah di tangga pertama ialah Garena Free Fire: Rampage, sebuah game battle royale yang dibangunkan oleh 111 Dots Studio dan diterbitkan oleh Garena — pernah mengumpulkan 80 juta pemain harian di waktu puncak.
Laporan ini menyebutkan antara formula berjaya mereka mencapai angka ini ialah ketika pandemik COVID-19, Garena menganjurkan lebih daripada dua kali ganda kejohanan esports dalam Free Fire pada suku pertama tahun 2020 berbanding waktu yang sama tahun lalu. Melalui acara-acara ini, mereka berjaya mengumpulkan lebih daripada 90 juta tontonan untuk streaming.
Mengikuti rapat Free Fire di tangga kedua dan ketiga masing-masing ialah Mobile Legends: Bang Bang dan Rise of Kingdoms: Lost Crusade.
Berikut ialah 10 game mobile yang paling untung di Asia Tenggara untuk suku pertama tahun 2020:

Selain itu, laporan ini turut mendedahkan tiga genre game mobile yang paling popular di rantau ini, iaitu RPG (31.3%) Strategi (16.5%) dan Aksi (16.4).

Dalam membicarakan tentang betapa besarnya esports telah mempengaruhi game-game mobile di Asia Tenggara, laporan ini turut menyebutkan tentang kejayaan Maharaja Soloz, seorang streamer Mobile Legends yang telah memecahkan Malaysia Book of Records sebagai streamer-gamer paling ramai pengikut di Facebook dengan 1.2 juta.
Korang boleh baca butiran penuh laporan in di pautan ini.
Comments
Loading…