Makin meletup-letup industri gaming phone masakini.

Selepas melancarkan gaming phone Black Shark pada April lepas, Xiaomi telah menyusul pula dengan Black Shark Helo. Tetapi gaming phone ini hanya dilancarkan bagi pasaran China sahaja.

Xiaomi telah menggantikan skrin LCD Black Shark dengan skrin 60Hz 6 inci, HDR-ready AMOLED baru beresolusi 2,160 x 1080 . Skrin baru Black Shark Helo menjanjikan paparan warna yang lebih jelas serta penjimatan bateri sepanjang sesi gaming.

Black Shark Helo turut menampilkan sistem liquid cooling baru dengan 2 heatpipe yang kononnya mampu menurunkan suhu sebanyak 12°C, berbanding 8°C bagi Black Shark lama.

Black Shark Helo dikuasakan cip Snapdragon 845 dengan Kryo 385 cores dan GPU Adreno 630. Baterinya juga boleh tahan dengan kiraan 4,000mAh – cukup tahan lama, melainkan korang tibai sesi gaming dari pagi ke malam.

Black Shark Helo juga hadir dalam 3 varians – unit basic 6GB RAM + 128GB storage pada harga CNY3199 (~RM1,920.69), unit sedang-sedang manis 8GB RAM + 256GB storage pada harga CNY3499 (~RM2100.81) dan unit overkill 10GB RAM + 256GB storage pada harga CNY4199 (~RM2521.10).

Selain itu, Black Shark Helo turut memperbaharui sistem pencahayaan luarannya. Korang boleh custom sistem pencahayaan sisi tepi Black Shark Helo. Tapi rasanya, baik off aje feature ni, jimat bateri – ye tak?

Sistem kamera yang hadir dengan Black Shark Helo ini kelihatan menarik di atas kertas – dwi-kamera belakang 12MP dan 20MP dengan kamera hadapan 20MP!

Black Shark Helo dilihat ingin memberi saingan kepada Razer Phone 2 yang baru dilancarkan pada harga yang lebih tinggi. Gaming phone ini akan mula dijual pada 30 Oktober ini, tapi korang dah boleh pre-order dari laman Xiaomi di China.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.