in , , , , ,

Gaming Bukan Perlumbaan Antara Dua Konsol, Kata Ketua Xbox

Ketua Xbox Division, Phil Spencer sekali lagi telah meluangkan sedikit masanya untuk menjawab beberapa soalan para peminat di Twitter peribadinya.

Pertama sekali, apabila seorang peminat membuat perbandingan antara PS3/Xbox 360 dan PS4/ Xbox One, Spencer menyatakan bahawa gaming bukan satu perlumbaan antara dua konsol, dan game yang bagus bukan senjata untuk menyaingi platform lain. Kata beliau, Microsoft hanya bekerja untuk menjadikan Xbox dan Windows 10 tempat yang baik untuk dimainkan.

Apabila diminta memberi komen tentang hasil jualan yang jauh ketinggalan daripada “sebuah lagi platform”, beliau menjawab, “ia tiada kena mengena dengan bahagian pasaran Xbox dan gaming memiliki peluang yang lebih besar berbanding persaingan antara dua konsol sahaja.” Walau bagaimanapun, beliau turut mengakui bahawa mengeluarkan game yang baik adalah kritikal.

Di samping itu, beliau turut memberikan respon tentang mengapakah Xbox tidak pernah cuba untuk mengeluarkan peranti handheld untuk memberi saingan kepada Sony dan Nintendo. Jawab Spencer, mereka berpandangan bahawa telefon bimbit akan mengambil hampir kesemua pasaran daripada mobile gaming.

Walau bagaimanapun, beliau juga memuji bagaimana usaha Nintendo terhadap hardware mereka, dengan menyatakan “Nintendo sentiasa melawan arus” dan “ia adalah bagus untuk industri”.

Sebelum ini, Spencer turut mengambil pendekatan yang sama dengan menjawab beberapa soalan yang diajukan melalui Twitter. Antara persoalan yang dijawab adalah memberi komen tentang mouse/keyboard di konsol.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Battlefield 1: Saksikan Gameplay DLC They Shall Not Pass Buat Kali Petama – Map Dan Behemoth Baru!

Hideo Kojima Tentang Death Stranding: "Pembikinan Game Sama Sahaja Seperti Proses Membuat Filem"

Hideo Kojima Tentang Death Stranding: “Pembikinan Game Sama Sahaja Seperti Proses Membuat Filem”