Tidak sah kalau kita melabuhkan tirai 2015 tanpa membincangkan apakah game-game terbaik sepanjang tahun ini. Jom kita tengok!

Pilihan game-game terbaik tahun 2015 ini telah dibuka kepada barisan penulis JomGaming. Kesemua 14 penulis telah mengemukakan pilihan game masing-masing dan undian telah dilakukan bagi mendapatkan pilihan game yang terbaik bagi kategori-kategori yang ditetapkan.

Game Family Terbaik: Disney Infinity 3.0

Disney Infinity 3.0 berjaya menggabungkan figurin bersama game dengan jayanya. Ia merupakan sebuah game yang mudah tetapi menyeronokkan bagi kanak-kanak dan dewasa untuk diterokai bersama. Pilihan untuk memasukan cerita Star Wars juga adalah pilihan yang bijak kerana ia sedang mengalami hype di samping mempunyai latar belakang cerita yang luas.

Sedikit kekurangan bagi game ini adalah interface yang kadangkala tidak begitu mesra pengguna. Selain daripada itu, Versi 3.0 bagi Disney Infinity ini sememangnya sebuah game yang sesuai untuk bermain bersama seisi keluarga.

Finalis: Just Dance 2015Splatoon

Game Mobile/Handheld Terbaik: Fallout Shelter

Percubaan pertama oleh Bethesda dalam arena mobile gaming ini harus dipuji. Fallout Shelter mempunyai rupa estetik menarik dan gameplay yang ringkas dan solid. Cabaran membina Vault seperti melawan serangan daripada raiders dan pengurusan sumber seperti tenaga dan makanan. Sebuah game berkonsepkan free-to-play yang tidak memaksa pemain untuk berbelanja menggunakan wang untuk mencapai kemenangan.

Finalis: Monster Hunter 4 UltimateLara Croft GO

Game Indie Terbaik: Rocket League

Rocket League adalah sekuel kepada Supersonic Acrobatic Rocket-Powered Battle-Cars yang dikeluarkan khas untuk platform PS3. Idea menggabungkan kenderaan bersaiz mini seperti kereta kawalan radio dan juga sukan bola sepak adalah satu pilihan yang tepat bagi studio Psyonix.

Kegilaan terhadap Rocket League telah membawa game ini sebagai sebuah game underdog kepada sebuah fenomena. Ditambah pula dengan pilihan bijak studio Psyonix untuk memberi DLC percuma terus menyambung keghairahan komuniti terhadap game ini.

FinalisSOMACity Skylines

Game Sukan/Perlumbaan Terbaik: Rocket League

Sekali lagi kami memilih Rocket League untuk anugerah ini. Walaupun dari jauh, game ini kelihatan seperti game riang ceria yang sesuai untuk bergelak ketawa bersama rakan, namun, ia adalah sebuah game yang sangat sesuai untuk dijadikan e-sport. Malah, hakikatnya ia telah menjadi tarikan kepada arena e-sport.

Dengan adanya feature seperti kebolehan membina custom match dan terdapatnya spectator mode serta replay yang boleh di-save, ia pastinya menampakkan pihak Psyonix memang membina game ini untuk e-sport. Rocket League bukan sahaja telah dipertandingkan di negara-negara luar, malah di Malaysia juga telah mendapat perhatian di beberapa tournament pada tahun ini.

Finalis: Need for SpeedPro Evolution Soccer 2015

Game Fighting Terbaik: Mortal Kombat X

Mortal Kombat X sesuai untuk pemain yang baru dan lama berkecimpung dalam arena fighting game. Ia mempunyai kandungan yang cukup banyak untuk single-player dan juga mempunyai roster yang cukup ramai untuk mereka yang inginkan multiplayer yang mencabar.

Dibina dari enjin Mortal Kombat 9, dapat dilihat pelbagai features dan mode tambahan digilap sepenuhnya. Pengalaman NetherRealm Studios yang semakin matang dapat dilihat di dalam pembinaan siri Mortal Kombat kali ini.

Finalis: Guilty Gear Xrd -Sign-, Dragonball: Xenoverse

Game Action/Adventure Terbaik: Metal Gear Solid V: The Phantom Pain

Metal Gear Solid adalah sebuah siri yang cukup dikenali oleh gamers umumnya tanpa mengira platform. Siri yang kelima dan yang terakhir dibawah arahan Hideo Kojima ini sesuai sebagai penutup. Metal Gear Solid V: The Phantom Pain sememangnya membawa nafas baru yang dinanti-nanti oleh ramai peminatnya. Membuka pelbagai gameplay baru seperti keupayaan untuk melakukan eksplorasi, menguruskan Mother Base, sistem companion dan banyak lagi.

Metal Gear Solid: Online juga memberikan pengalaman yang menyeronokkan bagi peminat-peminat siri ini. Pemain diberi pelbagai pilihan class untuk menewaskan musuh memberi variasi dan warna dalam setiap pusingan. Sesungguhnya MGS V: The Phantom Pain memberikan aksi tanpa henti kepada pemain tidak kira dalam single player mahupun multi-player.

Finalis: Rise of the Tomb RaiderBatman: Arkham Knight

Game RPG Terbaik: Bloodborne

Bloodborne, hasil ciptaan From Studio yang sememangnya cukup terkenal dengan siri Dark Soul. Namun begitu, Bloodborne ternyata mempunyai DNA yang tersendiri. Pemain-pemain veteran Dark Soul harus belajar menukar cara permainan mereka yang dahulu defensif kepada yang lebih agresif. Bloodborne menggunakan sistem yang memberi ganjaran kepada gameplay agresif dan kerap melakukan counter apabila bertarung.

Di samping gameplay yang menarik dan aktif, Bloodborne juga meletakkan pemain di dalam dunia yang menarik dan seram pada waktu yang sama. Penciptaan persekitaran dan penceritaan Bloodborne sememangnya menarik dan penuh misteri.

Finalis: The Witcher 3: Wild HuntFallout 4

Game Shooter Terbaik: Rainbow Six: Siege

Dalam era shooter yang penuh dengan konsep run-and-gun dan respawn yang segera, Ubisoft tampil dengan siri Rainbow Six yang telah beku selama 7 tahun bersama nafas yang segar. Rainbow Six: Siege memberi penekanan pada unsur taktikal dan kawalan senjata yang jitu. Ketiadaan respawn, pemulihan health point, friendly fire dan 1 shot headshot dengan apa-apa senjata memberi tekanan kepada pemain agar tidak melakukan langkah yang sewenang-wenangnya.

Di samping mempunyai skill menembak, pemain juga perlu mempunyai fikiran yang bercorak taktikal. Melakukan langkah yang kurang bijak pasti membuatkan diri terbunuh dalam pusingan tersebut. Perancangan yang bijak pastinya bakal membawa kejayaan kepada pasukan dan membawa kepuasan kepada pemain khususnya.

Finalis: Call of Duty: Black Ops 3Halo 5: Guardians

Multiplayer Terbaik: Rainbow Six: Siege

Tidak dapat dinafikan sistem multiplayer Rainbow Six: Siege mempunyai masalah ketika di dalam fasa alpha dan beta. Namun begitu, Ubisoft Montreal telah mengambil segala komentar daripada komuniti dan memperbetulkan pelbagai masalah dan keseimbangan gameplay.

Hasilnya, Rainbow Six Siege kini mempunyai mekanik shooting yang ditune dengan bagus. Ubisoft juga telah berjaya membawa pemain ke dalam game yang mementingkan kerjasama berpasukan serta komunikasi antara pemain didalam pasukan.

Finalis: Destiny: The Taken KingRocket League

Soundtrack Terbaik: The Witcher 3: Wild Hunt

Soundtrack bagi The Witcher 3: Wild Hunt digubah oleh Marcin Przybyłowicz, Mikolai Stroinski dan kumpulan muzik Percival. Ia mengandungi 35 buah lagu dan adalah sepanjang 81 minit. Muzik yang dimasukkan ke dalam The Witcher 3 sesungguhnya bersesuaian dengan mood game itu.

Tak kira sama ada anda sedang menaiki kuda di kawasan desa atau sedang sibuk menewaskan boss, pasti ada muzik yang menusuk masuk ke jiwa anda. Sememangnya OST game ini berjaya membawa pemain masuk ke dalam dunia The Witcher 3. Berikut adalah playlist dari Spotify yang korang boleh guna untuk stream OST The Witcher 3.

Finalis: Metal Gear Solid V: The Phantom PainBloodborne

Arahan Seni Terbaik: Bloodborne

Rekaan seni bagi Bloodborne sememangnya unik. Jika dibandingkan dengan sini Dark Soul, dapat dilihat Bloodborne lebih menekan unsur seram manakala Dark Soul lebih kepada fantasi. Menurut Game Director Bloodborne iaitu Hidetaka Miyazaki, pasukan rekaan seni telah terbang ke Republik Czech dan juga Bulgaria bagi mendapatkan suasana dan feel kepada siri ini.

Apa yang ingin ditunjukkan oleh mereka adalah bagaimana manusia boleh berubah dan menjadi pelik kerana tragedi, kesedihan, kekecewaan dan kekalutan. Hasilnya dapat dilihat dengan rekacipta dunia dan makhluk-makhluk di dalam Bloodborne.

Finalis: Metal Gear Solid V: The Phantom PainXenoblade Chronicles X

Penceritaan Terbaik: The Witcher 3: Wild Hunt

Penceritaan di dalam The Witcher 3: Wild Hunt mungkin merupakan antara yang paling terbaik. Tidak terlalu berat namun konflik yang di masukkan di dalam The Witcher 3 ini membuatkan mengapa game ini mendapat sambutan hangat di kalangan gamers.

Mengisahkan bagaimana kisah seorang penjaga di dalam misi mencari anak jagaannya yang melarikan diri. Juga, menyelitkan konflik di dalam sesebuah kerajaan, kisah kekeluargaan, persahabatan dan semua ini boleh didapati di dalam The Witcher 3.

Finalis: Metal Gear Solid V: The Phantom PainLife Is Strange

Developer Terbaik: CD Projekt Red

CDPR_Logo-Vertical-Black_RGB

CD Projekt Red adalah sebuah game studio yang terletak di Poland. Ia telah ditubuhkan pada tahun 1994 dan sangat dikenali kerana siri The Witcher dan juga servis pembelian game secara online tanpa DRM iaitu GoG.com.

Studio CD Projekt Red memberi fokus kepada game yang bergenre RPG. Mereka mempunyai falsafah setiap game keluaran mereka haruslah berkualiti dan memenuhi jangkaan peminat dan komuniti gaming umumnya. Mereka juga percaya bahawa DRM hanya akan memberi kesan buruk kepada komuniti gaming.

Di samping itu, melalui The Witcher 3 dapat menunjukkan bahawa sebuah studio mempu memberi sokongan kepada komuniti mereka dengan memberi pelbagai DLC percuma dari semasa ke semasa. Di samping itu, pelbagai patch telah dikeluarkan bagi memberikan pengalaman yang lebih lancar kepada pemain game tersebut walaupun ia hanyalah sebuah game single-player. Di zaman kebanyakkan studio hanya mengejarkan duit semata-mata dengan mengeluarkan pelbagai DLC dan season pass yang belum menjanjikan produk yang berkualiti, CD Projekt Red enggan mengikut trend ini.

Finalis: PsyonixFrom Software

Game Terbaik Untuk Tahun 2015: Metal Gear Solid V: The Phantom Pain

Hideo Kojima telah bersama siri Metal Gear selama 26 tahun, dengan kisah-kisah ketenteraan, askar upahan, Cold War dan juga senjata nuklear yang hebat yang dinamakan Metal Gear. Dengan game terakhir ini, The Phantom Pain membawa nafas baru ke siri Metal Gear dengan map open-world dan binaan base yang boleh dimainkan secara multiplayer.

The Phantom Pain memang adalah penutup yang terbaik dari Kojima Productions untuk MGS. Setiap misi direka dengan baik, setiap upgrade path memerlukan korang berfikir secara strategik dan watak-watak tambahan diberikan personaliti yang hidup dan juga penceritaan yang sempurna. Jelas Kojima dan pasukannya gigih memberikan usaha sepenuhnya untuk penutup siri ini.

Finalis: The Witcher 3: Wild Hunt, Bloodborne


 

Bagaimana? Setuju? Tak setuju dengan pilihan JomGaming ini? Ada game yang kami terlepas? Tuliskan komen anda di bawah ini jika ada. Sehingga bertemu kembali di edisi Game Terbaik 2016 nanti!

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.