in , ,

Games Sony Awal Tahun 2016 Dengan Lagu ZokuZoku~!

Sony Computer Entertainment Japan Asia telah mengeluarkan video promo untuk games yang bakal keluar di awal tahun 2016 di Jepun!

Dengan lagu background original yang boleh membuatkan korang membaling barang yang ada lalu menari sambil mengangguk-angguk kepala dan throw your hands up in the air!

https://youtu.be/B2Xgsxt86_k

Video promo ini menggunakan lagu yang original dari Tofubeats dan memaparkan games seperti berikut :

  • Dragon Quest Builders – (release di Jepun : 28-Januari-2016, Lain-lain : belum ada info)
  • Street Fighter V – (release di Jepun : 18-Februari-2016, NA/EU : 16-Februari-2016
  • Gundam Breaker 3 – (release di Jepun : 18-March-2016, NA/EU : belum ada info)
  • Dark Souls III – (release di Jepun : 24-March-2016, Lain-lain : 12-April-2016)
  • Star Ocean: Integrity and Faithlessness – (release di Jepun : 31-March-2016, Lain-lain : 2016)
  • Yakuza: Kiwami – (release di Jepun & Asia (CHI) : 21-Januari-2016, Lain-lain :  belum ada info)
  • Naruto Shippuden: Ultimate Ninja Storm 4 – (release di Jepun : 4-Februari-2016, NA : 9-Februari-2016, EU : 5-February-2016)
  • Resident Evil 0 – Di pasaran sekarang!

Jika anda memahami bahasa Jepun, lagu ini ada menceritakan serba sedikit mengenai game tersebut. “Zokuzoku”, tajuk lagu untuk video promo ini, juga membawa maksud “shake shake” atau “bergoncang-goncang” (maksud secara literal). Secara asasnya lagu ini mengajak anda untuk menari dan berhibur sambil bergembira dengan pelbagai games yang bakal keluar di PS4 ini!

Jom kita ber Zoku Zoku!

JomBaca: Kalendar Game Confirm Keluar 2016!

Written by Suria Sun San

Lead Writer JRPG ini hidup, bernafas, makan, tidur, dan bercinta dengan JRPG. Sentiasa.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Welch Vineyard Kembali Ke Star Ocean 5 Pulak!

JomRakam! Ep. 6: Ayyyyy Limau!