in ,

Gamers Hideout Tampil Beri Kenyataan, Mohon Maaf Kepada Mangsa Tuduhan, Staf Bakal Diberi Hukuman Keras

Sejak beberapa hari yang lalu, scene gaming tempatan telah dikejutkan dengan sebuah insiden yang melibatkan antara kedai video game terbesar negara, Gamers Hideout

Semalam, kami telah melaporkan apa yang telah berlaku antara pihak Gamers Hideout dengan salah seorang pelanggan mereka. Anda boleh bacanya di sini.

Terkini, kedai game terkemuka itu telah tampil memberikan kenyataan rasmi mereka di laman Facebook. Pihak Gamers Hideout telah memohon maaf secara terbuka dan menghubungi mangsa tuduhan, Holy Chit (bukan nama sebenar) secara peribadi bagi menyampaikan permohonan maaf mereka.

Kata mereka, pihaknya mendiamkan diri sepanjang hujung minggu dan pada hari Isnin (20/3/2017) bukan kerana mereka terjejas terhadap isu ini, sebaliknya mereka sedang menyiasat dengan lebih teliti tentang insiden ini.

Setelah meneliti perkara ini dengan mendalam, mereka mengakui kesilapan mereka dalam menghukum sesuatu tanpa usul periksa terlebih dulu, dan mereka kecewa terhadap tindakan mereka sehingga menjejaskan pengalaman pelanggan mereka.

Memberikan komen tentang beberapa staf mereka yang memuatnaik gambar yang sangat tidak profesional, di mana staf tersebut telah mengeluarkan kata-kata yang cukup tidak menyenangkan kepada para pelanggan mereka, ini kata Gamers Hideout:

“Kami juga telah menyedari tentang staf kami yang memuatnaik respon yang tidak sihat di media sosial, yang mana ia telah membuatkan keadaan bertambah teruk. Bagi menjelaskan kepada umum, kami sentiasa tidak menggalakkan mengeluarkan pandangan peribadi terhadap pelanggan kami dan mereka tidak sepatutnya mengeluarkan komen atau memberi respon bagi pihak syarikat. Tindakan tersebut adalah sangat tidak matang dan staf kami akan bertanggungjawab sepenuhnya dan menjawab kepada pihak pengurusan. Mereka telah diuruskan dengan keras apabila kami memandang perkara ini dengan serius.”

Mereka juga menafikan sebarang tindakan menggodam yang dilakukan terhadap akaun Facebook Holy Chit. Kata mereka, pihaknya tidak berupaya untuk melakukan tindakan yang “high-tech” seperti itu, dan mereka berharap bahawa akaun tersebut akan pulih seperti sedia kala.

Di samping itu, pihak Gamers Hideout turut menyatakan kekesalan kepada sesetengah pihak yang memainkan isu perkauman apabila memberikan pandangan terhadap insiden ini, yang mungkin kata mereka, sengaja dimainkan bagi memburukkan nama mereka.

Anda boleh baca kenyataan rasmi Gamers Hideout di sini.

[su_custom_gallery source=”media: 27280,27281″ title=”never”]

Berkata di laman Twitternya, Holy Chit telah mengucapkan terima kasih kepada pihak Gamers Hideout dalam menjelaskan perkara ini.

https://twitter.com/HolyChitMsia/status/844048491227750400

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Nathan Drake Tidak Akan Muncul Secara ‘Cameo’ Dalam Uncharted: The Lost Legacy, Bakal Tampil Kawasan Paling Luas

Assassin’s Creed: Empire Muncul Dalam Sebuah Laman Web Kedai, Dikatakan Akan Dilancarkan Akhir Tahun Ini