in ,

Gamers Hideout Kata Kos Penghantaran Pra-Tempah PS5 RM150 Sebenarnya Adalah Kesilapan Teknikal

Selain drama purchase-with-purchase (PWP) oleh Gamers Hideout (GH) yang diwajibkan untuk menempah awal PlayStation 5 (PS5) semalam, ramai pembeli mereka bertanya mengapakah kos penghantaran setinggi RM150?

Semalam, kami melaporkan tentang proses pra-tempah PS5 di GH oleh sahabat kami, Kamenrimau yang sudi berkongsi bersama JomGaming . Hari ini, JomGaming mendapat satu lagi butiran tentang pra-tempah itu oleh seorang lagi kenalan kami. Beliau tidak mahu namanya didedahkan, namun JomGaming boleh mengesahkan yang info ini adalah sahih.

Beliau berjaya untuk melepasi rintangan ‘server down’ dan disambut dengan konsep PWP. Sebagai seseorang yang pertama kali membeli dari GH, beliau hanya terus meneruskan pembelian sebelum ditendang keluar dari laman web itu sekali lagi.

Namun beliau kembali ke salah satu francais GH di Kuala Lumpur pada tengah hari 13 November untuk bertanya kakitangan GH mengapakah kos penghantaran begitu tinggi, dan apakah ‘insurans’ yang digunakan untuk menghantar PS5 ke rumahnya. Kakitangan kedai tersebut mengatakan mereka tidak tahu dan menyuruh beliau tanya kepada ibu pejabat (HQ) sendiri untuk jawapan yang lebih cepat dan tepat.

Akhirnya, beliau menghantar emel kepada ibu pejabat GH untuk meminta kembali duit shipping jika mereka tidak dapat memberi maklumat yang tepat tentang kos yang tinggi tersebut.

GH telah mengatakan harga tersebut adalah kesalahan teknikal bahawa harga RM150 itu adalah untuk penghantaran ke Sabah dan Sarawak (Timur Malaysia) di mana Semenanjung hanyalah bernilai RM20.

Kepada mereka yang dapat melakukan pra-tempah PS5 dari GH, sudahkah korang menerima emel tentang ‘refund’ tersebut?

Sebagai sebuah kedai game tempatan yang sudah lama bertapak, kesilapan teknikal seumpama ini seharusnya tidak berlaku oleh GH, lebih-lebih lagi apabila ia berkait dengan salah satu pra-tempah yang besar seperti PS5 ini.

Betul hebat golongan konsol ini, penghantaran PS5 sahaja mengalahkan penghantaran RTX 3080. Walau apa pun kami berdoa supaya konsol PS5 yang dibeli selamat sampai dan dimainkan.

Written by Sarah Akirien

Penulis dan Video Content Editor JomGaming ini seorang yang kecil-kecil cili padi. Seorang gamer yang sentiasa berhalusinasi dalam alam fantasi. Penembak tegar Destiny dan Overwatch. Twitch.tv/akirien

Comments

JomKomen!

Loading…

0

KINGDOM HEARTS Melody of Memory AVAILABLE NOW

Ubisoft Montreal Terima Panggilan Ancaman Tebusan, Aadi Salman Selamat, Kerja Dari Rumah