in

Gamer Malaysia Membelanjakan RM2.78 Billion Untuk Gaming Pada Tahun 2019, Platform Mobile Mendominasi

Rakyat Malaysia membelanjakan kira-kira USD673 juta (~RM2.78 billion) untuk video game sepanjang tahun 2019, menurut analisis yang dikeluarkan oleh Newzoo.

Sebagai perbandingan, pendapatan ini meningkat sedikit berbanding tahun sebelumnya. Pada tahun 2018, gamer Malaysia membelanjakan USD654 juta (~RM2.66 billion menurut kiraan pertukaran matawang pada ketika itu).

Melalui 20.1 juta orang gamer dan pendapatan yang direkodkan pada tahun 2019, ia menjadikan Malaysia sebagai antara pasaran gaming terbesar di Asia Tenggara berdasarkan hasil pendapatan.

Daripada 20.1 juta gamer, 75 peratus bermain game di mobile, 66 peratus juga bermain game di PC dan 55 peratus turut bermain game di konsol. Sekiranya terkeliru dengan data ini, ia bermaksud ada gamer yang bermain lebih daripada 1 platform untuk memenuhi kehendak gaming mereka.

Laporan ini turut mendedahkan peratusan jantina yang bermain di platform yang berlainan:

87 peratus daripada gamer yang berbelanja menggunakan wang mereka untuk membeli items dalam game atau barangan alam maya sepanjang enam bulan terakhir. Ini dipengaruhi kerana majoriti gamer Malaysia bermain game percuma (free-to-play) di kesemua platform.

Menurut Newzoo lagi, 61 peratus daripada populasi online urban Malaysia menonton kandungan video bertemakan gaming. Lebih menarik, 7 peratus pula hanya menonton kandungan ini dengan kerap tapi hanya bermain game kurang daripada sebulan sekali.

Korang boleh baca laporan penuh Newzoo tentang pasaran gaming Malaysia pada tahun 2019 melalui pautan ini.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Memperkenalkan Buat Kali Pertamanya Secara Rasmi, Logo PlayStation 5

Laman Web Rasmi PS5 Dinaikkan Sony, Tapi Masih Berahsia Tentang Harga, Tarikh Pelancaran

108.9 Juta Unit PS4 Telah Terjual Di Seluruh Dunia, Umum Sony