Dalam map terbaru Overwatch di Paris, terdapat sebuah piano in-game dalam map tersebut yang boleh dimainkan. Malah, sudah ada orang yang memainkan lagu “All Star” dari Smash Mouth. Tapi ada seorang lelaki yang mahu ‘merasakan’ piano itu seperti piano sebenar.

Seorang peminat Overwatch, Zbnone menggunakan papan piano MIDI miliknya untuk membolehkan dia bermain piano yang berada dalam map Paris itu dari satu kunci ke satu kunci.

Memandangkan Overwatch merupakan sebuah game first-person shooter yang mana pemain hanya boleh berinteraksi dengan objek-objek di sekeliling mereka dengan menggunakan senjata. Mesti korang tertanya-tanya, macam mana Zbnone buat semua ini? Jawapannya, ia melibatkan sebuah program yang dipanggil sebagai “PianoAimBot”.

“Saya menulis ‘PianoAimBot’ di Python. Kamu boleh mainkan apa sahaja secara langsung dengannya (tiada macros). Kamu juga boleh masuk dan mainkan fail-fail midi,” kata mereka di Reddit.

Mereka juga menambah dengan mengatakan bahawa pemain perlu berdiri dengan tepat di tengah-tengah piano in-game untuk memastikan ia berfungsi. Tapi ia juga mempunyai ciri kalibrasi untuk mengurangkan kesukaran semasa bermain.

Ia merupakan satu ciptaan yang menarik, tapi ada satu masalah. Secara teknikalnya, ini boleh dikira sebagai menipu kerana Blizzard dengan tegas melarang penggunaan program-program pihak ketiga yang mampu mencacatkan fungsi dalam game secara automatik. Melainkan kalau ada pemain yang terbunuh disebabkan oleh program ini, itu lain cerita. Tapi buat masa sekarang, program ini tidak nampak seperti ia memberikan kelebihan yang tidak adil kepada pemain. Diharapkan supaya Blizzard tidak melarang program ini.

JomKomen!