Biasa dengar perbuatan swatting? Tapi ini adalah perbuatan yang berlawanan dengan swatting!
Seorang gamer di Texas, Amerika Syarikat telah melakukan suatu perbuatan di luar jangkaan yang cukup pantas dan bijak, seterusnya telah menyelamatkan rakannya yang berada di Cheshire, England.
Pada ketika itu, Dia Lathora, 21, dan Aidan Jackson, 17, sedang bermain game online bersama. Entah bagaimana, Lathora telah perasan terdapat sesuatu yang tidak kena tentang Jackson kerana dia mula tidak memberikan sebarang respon melalui komunikasi online, dan Lathora mengesyaki sesuatu tidak kena tentang masalah kesihatannya, kemungkinan besar terkena sawan.
Lathora yang berada di Amerika Syarikat, dalam kadar segera telah menelefon talian kecemasan di England, memberitahu tentang situasi rakannya. Yang menyelamatkan keadaaan adalah apabila Lathora sebenarnya mempunyai alamat rumah Jackson, maka dia telah memberikan alamat tersebut kepada pihak talian kecemasan tersebut.
Pihak polis dan ambulans telah bergegas ke lokasi yang telah diberikan Lathora. Setibanya di rumah Jackson, polis telah memberitahu tuan rumah: mereka mendapat panggilan dari Amerika Syarikat tentang terdapat seorang lelaki yang sedang diserang sawan di dalam rumah ini. Kedua-dua ibu bapa Jackson yang berada di tingkat bawah tidak tahu menahu tentang situasi semasa Jackson yang pada ketika itu berada di dalam biliknya di tingkat atas.
Mereka pun bergegas masuk ke bilik Jackson — mendapati dia sememangnya diserang sawan. Ketika bercakap kepada Sky News, Jackson hanya sedarkan diri apabila dia sudahpun dibaringkan di atas katil dan dikejutkan oleh kedua ibu bapanya dan pihak polis.
Mereka kemudiannya telah membawa Jackson ke hospital untuk menjalankan beberapa ujian, dan kondisinya pun kembali stabil. Dalam situasi serangan sawan, tindakan gegas sememangnya harus diambil kerana perkara lebih buruk boleh berlaku sekiranya pesakit dibiarkan terlalu lama dalam keadaan sebegitu keseorangan.
Jackson sebenarnya pernah terkena serangan yang sama pada Mei 2019, maka, apabila ada polis yang mengetuk pintu rumah mereka, mengatakan ada rakan wanita Jackson membuat panggilan jauh beribu batu dari Amerika Syarikat, kedua-dua ibu bapa Jackson tidak mengambil masa yang lama untuk bergegas ke biliknya.
Korang boleh dengarkan panggilan kecemasan yang dibuat oleh Lathora semasa kejadian tersebut berlaku, dalam video laporan di bawah.
Satu kisah yang boleh kita boleh ambil iktibar. Panggilan seperti itu harus digunakan sebaik mungkin, terutamanya apabila terdapat situasi hidup dan mati sebegini. Bukannya menggunakan panggilan kecemasan untuk melakukan swatting disebabkan tidak puas hati dengan rakan/lawan semasa bermain game online.
Comments
Loading…