in , ,

Gamer Buta Ini Menangis Kegembiraan Apabila Ada Kemudahan Teks-Ucapan Dalam The Last of Us 2

Salah satu nikmat yang mungkin kita selalu terlepas untuk bersyukur ialah keupayaan untuk melihat. Nikmat ini merupakan antara pancaindera yang pasti kita akan gunakan ketika bermain video game. Walau bagaimnapun, tidak semua manusia memiliki anugerah ini.

Sekiranya korang mengikuti rapat perkembangan The Last of Us Part II, tentunya maklum tentang bermacam kemudahan (accessibility) yang disediakan oleh Naughty Dog dalam game terbaharu mereka itu bagi membantu gamer yang mempunyai pelbagai ketidakupayaan.

Seorang gamer, Steve Saylor, yang memiliki ketidakupayaan untuk melihat atau buta, telah merakam dan berkongsikan reaksinya ketika mula bermain The Last of Us Part II. Reaksinya cukup menyebakkan apabila beliau menangis kegembiraan kerana kemudahan yang ada dalam game ini untuk beliau mainkan adalah sangat banyak.

“Kalian tidak akan tahu betapa bermaknanya… maafkan saya.. saya tak tahu apa nak kata. Terlalu banyak [kemudahan] di sini. Inilah apa yang kami, apa yang saya sendiri dan orang lain dalam komuniti accessibility ini, inilah apa yang kami berikan sokongan sejak sekian lama. Terlalu banyak di sini. Inilah kenapa saya lakukan apa yang saya lakukan. Inilah kenapa saya bekerja sangat kuat untuk mempromosikan kemudahan. Inilah kenapa, kerana ini adalah sangat penting.” kata Saylor yang menahan tangisannya penuh sebak.

Saksikan reaksi beliau ini di bawah:

Dalam satu video penerangan yang beliau pernah muatnaik di channel Youtubenya, Saylor menggelarkan dirinya sebagai “Blind Gamer”, namun beliau bukanlah tidak dapat melihat langsung. Beliau mendedahkan yang beliau menghidap “nystagmus”, satu keadaan di mana matanya bergerak secara berulang-ulang ke merata-rata arah tanpa kawalan. Ini membuatkan penglihatannya sangat-sangat kabur.

Setelah menyaksikan reaksi beliau ini, JomGaming telah mencuba sendiri accessibility yang ada dalam game ini. Untuk gamer yang mempunyai ketidakupayaan seperti Saylor ini, terdapat settings yang digelar “Text-to-Speech and Audio Cues”.

Secara ringkasnya, kemudahan ini membantu para pemain dengan mengucapkan setiap teks yang ada dipaparkan di skrin. Maka, pemain yang buta ini tahu apa yang ada di skrin pada ketika itu kerana ada suara yang bercakap kepadanya. Inilah yang dinamakan “Text-to-Speech”.

Kemudian, ada pula kemudahan yang digelar “Audio Cues”. Di menu, pemain akan diberitahu bunyi apakah yang dikeluarkan oleh game apabila pemain perlu menekan sesuatu butang. Contohnya, sekiranya pemain dikehendaki menekan butang tiga segi, ada bunyi sekian sekian yang akan keluar, apabila pemain dikehendaki menekan butang X, bunyi sekian sekian akan keluar.

Justeru, apabila masuk ke dalam game, bunyi-bunyi yang spesifik ini akan dikeluarkan apabila pemain dikehendaki menekannya. Malah, suara dari game ini juga akan menyuruh dan meminta pemain untuk menggerakkan analog untuk bergerak ke hadapan, sekiranya perlu.

Sebagai pemain yang tidak pernah menggunakan Audio Cues, penulis sendiri rasakan sukar untuk mengenalpasti bunyi untuk setiap butang yang diarahkan untuk ditekan. Namun, sebagai seorang gamer yang tidak mampu melihat, seperti Saylor, pastinya mereka telah melatih keupayaan yang lebih tajam daripada individu lain, seterusnya membuatkan mereka lebih cekap untuk menangkap apakah bunyi butang yang perlu ditekan tersebut.

Korang boleh tonton dan dengar sendiri kemudahan “Text-to-Speech and Audio Cues” ini dalam video di bawah yang sempat JomGaming rakam:

Tabik spring kepada mereka yang mempunyai keupayaan pendengaran yang begitu baik seperti ini, sesuatu yang penulis sukar untuk lakukan. Setiap kekurangan itu, pasti Tuhan berikan kelebihannya di tempat lain.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Ghost of Tsushima Akan Dilancarkan Pada Pertengahan 2020, Saksikan Trailer Terbaru

Pembangunan Ghost of Tsushima Telah Siap, Dah Sedia Untuk Dilancarkan Bulan Depan

Satu Game Mobile Star Wars Baru Diumumkan, Dah Boleh Pra-Daftar Sekarang

Satu Game Mobile Star Wars Baru Diumumkan, Dah Boleh Pra-Daftar Sekarang