in , , ,

Gamer Berusia 65 Tahun Ini Telah Habiskan Red Dead Redemption 2 Lebih 30 Kali

Secara peribadi, Red Dead Redemption 2 merupakan video game terbaik berstatus karya agung yang pernah penulis mainkan. Ia merangkumi segala aspek untuk sebuah game yang sempurna. Korang baca review penulis di sini.

Terdapat satu perkongsian di subreddit r/RDR2 ini telah menarik ramai peminat Red Dead Redemption 2. Pengguna u/ApeWatcher telah berkongsikan satu kisah yang menarik tentang bapanya.

Beliau bercerita bahawa bapanya yang berusia 65 tahun akan bermain story mode Red Dead Redemption 2 berjam-jam pada setiap hari, dan telah menghabiskan game ini lebih daripada 30 kali pada ketika ini.

Beliau turut mendedahkan yang beliau telah memujuk bapanya untuk mencuba game lain tetapi bapanya hanya mahu main Red Dead Redemption 2 berulang-ulang kali.

Red Dead Redemption 2 merupakan game yang dibangunkan Rockstar, dilancarkan pada 2018, prekuel kepada game pertama Red Dead Redemption yang dikeluarkan pada 2010. Ia mengisahkan Arthur Morgan dalam geng Van der Linde pada zaman koboi 1899 di Amerika Syarikat.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Controller PS5, DualSense Boleh Digunakan Di Switch, PS3, Tapi Tidak Di PS4

Sector’s Edge: Game FPS Percuma, Grafik Macam Minecraft Dengan Elemen Kemusnahan Objek Sekeliling