in , , ,

Gameplay Terbaru Skull And Bones Didedahkan Minggu Ini, Lebih Banyak Game Dalam Ubisoft Forward Pada September

Ubisoft akan mendedahkan gameplay terbaru Skull and Bones pada minggu ini. Pendedahan ini dijangka akan memaparkan imej yang baharu kepada game multiplayer bertemakan dunia lanun itu.

Ini bukan kali pertama Skull and Bones mendedahkan gameplay. Pada beberapa tahun lepas juga, terdapat beberapa gambaran mengenai gameplay. Namun kemudian Ubisoft senyap tanpa sebarang pengumuman.

Pada 8 Julai pukul 2 pagi waktu Malaysia, Ubisoft akan memberikan pandang pertama untuk Skull and Bones yang baharu. Pra-pertunjukan akan bermula pada pukul 1.45 pagi waktu Malaysia. Diikuti dengan gameplay terbaru dan di sebalik tabir bersama pembangun.

Ubisoft juga telah mengunci tarikh 11 September tahun ini untuk pertunjukan beberapa buah game baharu yang akan dikeluarkan. Pertunjukan itu dijadualkan pada pukul 3 pagi waktu Malaysia.

Sementara pada minggu ini, Ubisoft akan memberi fokus utama kepada Skull and Bones. Pertunjukan pada bulan September nanti akan memfokuskan kepada beberapa buah projek besar, kata Ubisoft.

Ketika ini, antaranya projek besar yang berada dalam pembikinan Ubisoft adalah Avatar, Beyond Good & Evil 2, XDefiant, Project Q dan banyak lagi. Game mana agaknya yang akan diperlihatkan pada September kelak?

Written by Danial DaxZuher

Seorang penulis yang suka bermain game menembak, membaca novel aksi, mendengar lagu OST video games dan movies serta mencipta cerita pendek.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Ini Gameplay Bagaimana Untuk Merekrut Kru Terbaik Dalam F1 Manager 2022

Tarikh Pelancaran God of War Ragnarok Akhirnya Diumumkan Secara Rasmi, Saksikan Trailer Baru