in , , ,

Gameplay Star Wars Jedi: Survivor Akan Diperlihatkan Minggu Ini Di The Game Awards

EA dan Respawn Entertainment telah mendedahkan yang gameplay Star Wars Jedi: Survivor akan diperlihatkan semasa The Game Awards 2022 yang akan berlangsung pada Jumaat ini.

The Game Awards 2022 akan bersiaran langsung pada 9 Disember ini, jam 9 pagi (waktu Malaysia).

Bersama-sama dengan pengumuman, EA dan Respawn turut berkongsikan poster baharu yang menampilkan Cal Kestis menghunus lightsaber. Menariknya, kelihatan blaster yang diikat di seluarnya. Hal ini seolah-olah mengesahkan laporan yang mengatakan sekuel itu nanti akan membawakan gameplay menembak — satu mekanik yang tiada dalam game pertamanya, Star Wars Jedi: Fallen Order.

Di samping itu, beberapa jam sebelum mereka berkongsikan butiran ini, Star Wars Jedi: Survivor sebenarnya telah tertiris di Steam. Antara info yang sempat diekstrak oleh PC Gamer sebelum ia dipadamkan adalah tarikh pelancarannya — iaitu pada 16 Mac 2023.

Apa-apa pun, sama-sama kita tonton The Game Awards 2022 nanti untuk melihat sendiri apakah info rasmi yang akan diumumkan oleh EA dan Respawn.

Apa yang kita tahu buat masa ini adalah Star Wars Jedi: Survivor akan bermula lima tahun selepas Fallen Order. Cal Kestis bersama penemannya, BD-1 akan terus diburu oleh Empire yang semakin agresif mencari sisa baki Jedi.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

Leave a Reply

JomKomen!

Loading…

0

Sifu Akan Mendapat Adaptasi Filem Live Action Dari Penulis John Wick

Kayak VR: Mirage: Game VR Yang Nampak Cantik Dan Menarik