in , , , ,

Gameplay Rainbow Six Extraction Diperlihat, Dilancarkan September, Cross-Play Dengan Semua Platform

Seperti dijanjikan, dalam acara Ubisoft Forward yang berlangsung awal pagi tadi, Ubisoft telah memperlihatkan dua trailer baharu untuk Rainbow Six Extraction.

Pertama, trailer sinematik yang memaparkan aksi rancak tiga Operator menyerang ancaman misteri seakan makhluk asing digelar Archæns, serta menyelamatkan rakan sepasukan yang terkandas dalam zon kuarantin.

Kedua, Ubisoft memperlihatkan gameplay pertama, bersama-sama dengan suara latar yang menjelaskan tentang gameplay tersebut. Rainbow Six Extraction adalah game shooter co-op bersama 3 orang pemain. Operator-Operator ini dihantar ke lokasi-lokasi bahaya untuk melakukan serangan mendadak terhadap Archæns.

Rainbow Six Extraction akan dilancarkan pada 16 September 2021 untuk PC, PS5, PS4, Xbox Series dan Xbox One — semua platform ini akan boleh main bersama melalui cross-play.

Jom layan kedua-dua video ini:

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Saksikan 2 Trailer Baharu Far Cry 6 – Fokus Kepada Watak-Watak Penjahat

Ini Gameplay Pertama Battlefield 2042 – Selamat Datang Ke Era Baharu Battlefield Dengan Bermacam Pembaharuan