in , , , , ,

Gameplay PES 2019 VS Gameplay FIFA 19 – Saksikan Video Perbandingan Ini!

Mari kita tengok siapa yang kena.

Kredit gambar: ZAN OMG

Setiap tahun, peminat game bola sepak pasti akan melalui satu fasa ini. Fasa ini adalah membandingkan antara gameplay PES 2019 dengan gameplay FIFA 19.

Bagi peminat tegar, mereka tidak akan kisah tentang perbandingan ini kerana mereka tetap akan membeli game yang menjadi pujaan hati masing-masing. Tetapi, perbandingan ini sangat penting untuk mereka yang berada di atas pagar, tidak pasti sama ada ingin membeli PES 2019 atau FIFA 19.

Versi demo untuk kedua-dua game bola sepak akan datang ini masih belum dikeluarkan kepada umum. Namun, media antarabangsa dan beberapa Youtuber terpilih telah mencuba game ini, serta mereka sudahpun berkongsi video gameplay masing-masing.

Jadi, dalam artikel ini, kami sediakan video montaj yang menarik daripada Youtuber ZAN OMG. Dalam video yang korang boleh tonton di bawah, ia memperlihatkan gameplay dan aksi-aksi menarik yang telah diperlihatkan dalam PES 2019 dan FIFA 19  setakat ini — jadi bolehlah korang buat pilihan dengan tepat:

https://www.youtube.com/watch?v=pXK24GlrgIg

Versi demo PES 2019 akan dikeluarkan pada 8 Ogos ini, manakala game penuhnya nanti akan dilancarkan pada 30 Ogos.

Versi demo FIFA 19 pula akan dikeluarkan pada 11 September ini, dan ia akan dilancarkan sepenuhnya pada 28 September nanti.

Kedua-dua game ini hanya akan dilancarkan di tiga platform, iaitu di PC, PS4 dan Xbox One.

JomBaca: Kenapa Pro Evolution Soccer Makin Popular Dalam Arena Esports Bola Sepak Antarabangsa?


PRE-ORDER PRO EVOLUTION SOCCER 2019

Deposit RM50 SAHAJA

FREE exclusive T-SHIRT PES2019 — Pre-order terus ke Facebook YC Games Station (Kuala Lumpur) & Kuppy Station (Terengganu)

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Microsoft Dikhabarkan Sedang Membangunkan 2 Konsol Akan Datang – Salah Satunya Adalah Perkhidmatan Streaming

Wonder Woman Akan Menggegarkan Arena of Valor Pada 29 Julai Ini, Siapkan Misi Ini Dan Dapatkan Ia Secara Percuma!