Tak perlu tunggu sehingga E3 2021 bermula, Ubisoft akan memperlihatkan gameplay pertama Far Cry 6 lebih awal.
Video gameplay itu akan ditayangkan secara premiere pada 29 Mei 2021, 12.30 tengah malam (waktu Malaysia). Boleh tontonnya nanti di sini.
Tidak banyak didedahkan buat masa ini seperti berapakah durasi gameplay yang akan disajikan. Ubisoft hanya memaparkan satu teaser trailer pendek selama 30 saat yang korang boleh saksikannya di bawah, menampilkan suara latar Giancarlo Esposito yang cukup terkenal dalam Breaking Bad, sebagai antagonis utama dalam Far Cry 6.
Tarikh pelancaran Far Cry 6 telah ditunda kepada tahun fiskal seterusnya, iaitu antara April 2021 hingga Mac 2022. Kemungkinan besar tarikh pelancaran baharu akan diumumkan dalam video gameplay itu kelak.
Comments
Loading…