Dalam acara iPhone yang berlangsung malam tadi, selain mengumumkan beberapa peranti dan aksesori baharu, Apple turut menyediakan slot untuk gaming.
Game yang diperlihatkan ialah League of Legends: Wild Rift, iaitu versi League of Legends yang direka semula untuk mobile dan konsol. Semestinya, gameplay League of Legends: Wild Rift ditunjukkan ketika dimainkan di iPhone 12, sambil berkongsikan beberapa ciri yang akan dibawakan ke dalam versi ini.
Korang boleh tontonnya di bawah:
Mereka tidak menyatakan tarikh tepat bilakah game ini akan dilancarkan, namun Apple mengatakan bahawa ia akan hadir ke peranti-peranti iPhone pada hujung tahun ini.
League of Legends: Wild Rift pertama kali diumumkan kira-kira setahun yang lalu. Ia akan dilancarkan untuk iOS, Android dan konsol.
Comments
Loading…