Kami di JomGaming dengan sukacitanya ingin memperkenalkan sebuah siri baru di laman web ini, iaitu Gameplay Lawan Naratif. Apa istimewanya siri ini? Ia adalah sebuah siri yang mengulas atau review game-game terdahulu mahupun terkini dari aspek gameplay dan naratif khususnya, ditulis dari kacamata seorang pembikin filem!

Jadi, siapakah penulis jemputan untuk siri ini? Beliau akan dikenali sebagai Faqihin Perajurit, seorang pelajar pembikin filem yang sedang giat mengusahakan sebuah filem pendek yang bertajuk “Nenek“. Beliau juga aktif dengan channel YouTube beliau, iaitu Komunita, sebuah channel yang mengulas dan membincangkan filem-filem tempatan.

Tanpa melengahkan masa, jom kita ikuti review beliau mempertimbangkan antara mechanics Gameplay dan penceritaan Naratif dalam sesebuah game. Bagi yang belum memainkan L.A. Noire – jaga-jaga, ada spoilers di hadapan!


Dalam setiap game, pembikin game sentiasa cuba mengimbangkan antara rekabentuk gameplay dan naratif watak-watak serta dunia yang dipersembahkan. Elemen-elemen tersebut boleh membantu para gamers untuk menghayati sesebuah game; menjiwai dunia game tersebut.

Malangnya, tidak semua gamers dapat memahami kepentingan sesebuah naratif dalam rekabentuk gameplay.  Malah, bagi ramai gamers, sesebuah penceritaan dalam sesebuah game adalah pada cutscene atau dialog; mengkaitkan pemahaman mereka dengan filem.  Fahaman mereka tidak salah kerana industri game juga sering diinspirasikan dari filem, buku, animasi dan muzik. Tetapi, game adalah sebuah medium yang unik; masih muda dan masih banyak lagi aspek yang boleh dipelajari.

la-noire-cars-wallpaper-4

Dalam artikel pertama siri Gameplay Lawan Naratif ini, kita akan menghayati dan mempelajari L.A Noire; sebuah game yang unik dalam pembikinan dan penyampaian Gameplay/Naratif-nya. Sila mainkan video di bawah untuk lebih menjiwai artikel ini.

L.A Noire adalah contoh paling terang yang menunjukkan bahawa studio Team Bondi ingin menghasilkan sebuah game yang unik dari segi elemen interaktifnya. Sebuah game yang berlatarbelakangkan Noir, L.A Noire ingin memberi pemain pengalaman genre filem klasik Noir; filem hitam putih yang menggunakan elemen soal siasat dan penyiasatan untuk menggerakkan plot.

noir

Cuba namakan 3 game yang berlatarbelakang atau menggunakan elemen penyiasatan?

Kemungkinan game-game yang dinyatakan lebih menekankan gameplay third person atau first person shooter.  Game seperti francais Arkham menampilkan Batman sebagai seorang detektif handal (seperti dalam komik) tetapi ia terhad kepada elemen hide and seek; seolah-olah main sorok-sorok mencari petunjuk.

L.A Noire ingin membawa pemain ke dalam dunia Noir. Buku-buku Noir menggunakan penceritaan dalam penyiasatan untuk membantu pembaca melakarkan plot-plot dalam kepala mereka – menggunakan imaginasi untuk memahami mangsa, suspek, pembunuh dan si penyiasat. Style ini telah diterjemahkan ke filem hitam putih dan hinggalah ke cerita-cerita moden.

Who Framed Roger Rabbit menggunakan elemen Noir untuk mengisahkan dunia reality+kartun mereka
Who Framed Roger Rabbit menggunakan elemen Noir untuk mengisahkan dunia reality+kartun mereka

Japan-Anime-Detective-Conan-Wallpaper-Laptop-Backgrounds-231677

Contoh paling dekat di hati generasi kita adalah Detektif Conan. Detektif Conan bukanlah sebuah Noir pada hati tetapi elemen penceritaannya boleh diperhatikan di setiap pengakhiran sesebuah kes. Ia tidak menekankan tembak-menembak ataupun aksi tetapi lebih kepada penyiasatan; motif pembunuh dan latar belakang mangsa diceritakan panjang lebar di akhir kes/episod.
Studio Team Bondi sangat menitikberatkan elemen ini dan inovasi dalam Gameplay-nya sangatlah menyerlahkan Naratifnya yang unik.  Kebanyakkan game seolah-olah mengasingkan Gameplay dan Naratif; di mana Gameplay tertakluk kepada kebebasan interaktif dan Naratif tertakluk kepada cut-scene dan dialog.

lanoire_phelpsSmoke_1920x1200

Dalam L.A Noire, kita bermain sebagai Cole Phelps, seorang anggota polis di zaman pasca Perang Dunia Kedua. Di sini, kita boleh naik pangkat dengan menyelesaikan kes-kes pembunuhan, dadah dan pembakaran dengan sengaja. Walaupun mempunyai elemen third person shooter, asas gameplay L.A Noire adalah menentukan kebenaran kata-kata suspek dan mencari petunjuk.

Sebagai contoh, kes pertama, “Upon Reflection”, memperkenalkan elemen-elemen penyiasatan dahulu sebelum membawa kita ke sistem Combat-nya 10 hingga 12 minit kemudian.  Malah, elemen shooting-nya diperkenalkan dalam babak kedua, “Armed and Dangerous” 

Westlake_shootout

Teknologi face motion capture membolehkan animasi watak-wataknya lebih menyerlah daripada game-game biasa; merakamkan muka pelakon untuk mendapat ekspresi yang lebih terperinci. Inovasinya juga terletak kepada cara kita menyiasat petunjuk; dengan tidak memimpin tangan pemain dan membiarkan kita cari sendiri petunjuk.

la-noire-interrogate

Tak jumpa petunjuk, tak dapatlah selesaikan kes. Kita juga boleh putar-putarkan petunjuk untuk melihat details-nya. Kita sebagai Cole Phelps berkuasa menentukan siapa yang bersalah atau tidak, dan kesilapan kita boleh menentukan nasib si tertuduh.

la-noire_clues

maxresdefault

Walaubagaimanapun, elemen interaktifnya tidak cukup deep untuk para gamers. Di sesetengah level atau kes, kita boleh naik pangkat walaupun gagal dalam kes yang sebelumnya.

Dalam babak “The Golden Butterfly”, saya sendiri gagal dalam kes tersebut apabila saya menuduh suspek yang tidak bersalah; suami kepada si mangsa.  Hugo Moller, salah satu daripda suspek-supek kes tersebut, mempunyai sejarah memukul isterinya–si mangsa–sebelum kes pembunuhannya.  Walaupun saya dimarah oleh Kapten James Donelly, ketua bahagian homicide, kerana penjarakan suspek yang tidak bersalah, kes yang seterusnya berjalan dengan lancar tanpa apa-apa akibat atau hukuman setelah gagal.

1784268-la_noire_screenshot_422

Di dalam kes “The Black Caesar” pula, kita telah naik pangkat dari bahagian kes pembunuhan ke bahagian kes dadah.  Babak pertama-nya adalah straight forward; tidak memerlukan bukti-bukti extra seperti kes sebelumnya.  Kita seolah-olah tidak boleh gagal dalam kes ini.

Oleh itu, sesetengah kes mempunyai ending yang sama tidak kira apa keputusan kita dalam kes tersebut.  Nak buat macam mana? Studio mereka tidak mempunyai banyak masa dan melakarkan sebuah naratif yang mempunyai pelbagai ending adalah sangat sukar.

99

Kisah L.A Noire menggunakan tema-tema yang tidak asing dengan filem dan buku-buku Noir. Tema era 50an terserlah dengan watak utama, Cole Phelps, yang trauma dengan penglibatannya dalam Perang Dunia Kedua. Mangsa dan si pembunuh pula merupakan orang-orang yang tamak dan terdesak disebabkan ekonomi yang lemah di ketika itu.

Sudah semestinya, naratif game tersebut juga terserlah dalam cutscenes yang surreal; mempunyai lakonan yang terbaik dari barisan pelakon. Plot-nya juga menggunakan elemen misteri dengan baik; tidak memaksa gamers dengan Gameplay-nya yang juga memberi kita peluang untuk menyiasat sendiri.

1784720-202

Di setiap babak, pemahaman moral dan peribadi Cole Phelps sering dipersoalkan oleh rakan seperjuangan dia yang berbeza di setiap pangkat.  Contoh, Detektif Rusty Galloway yang tua dan ‘muak’ dengan dunia jenayah sering bergurau senda dengan ideologi Cole Phelps yang serius dengan soal moral dan undang-undang.

la-noire-review-cornering

Ini menyerlahkan perwatakkan Cole Phelps dan membuat kita, sebagai pemain, ingin mengenali watak utama dengan lebih mendalam.  Tema-tema ini bukan sahaja diperjelaskan dalam cutscene tetapi juga dalam gameplay yang meletakkan kita dalam minda Cole Phelps; membantu dia membuat keputusan dalam setiap kes.

lanoire_phelps_reefermadness_1920x1200

Topik Gameplay dan Naratif ini sangat menarik untuk dikaji kerana terdapat banyak lagi yang boleh kita pelajari dalam game-game yang kita mainkan. Sebagai seorang gamer, penting untuk kita menilai game yang kita mainkan – apalah gunanya developer membuat game-game yang unik kalau pemainnya tak faham apa yang hendak disampaikan?

Mengasingkan Gameplay dan Naratif merupakan aktiviti yang memupuk daya kritis gamers terhadap kualiti. Dalam artikel seterusnya, kita akan meneroka game yang lebih sukar untuk diasingkan elemen Naratif dan Gameplay-nya.

JomKomen!