in ,

Gameplay Kombat Ghost of Tsushima Ambil Masa 6 Tahun Untuk Disempurnakan

Pengasas-bersama Sucker Punch, Brian Fleming mendedahkan ciri paling sukar untuk dibawa masuk ke dalam Ghost of Tsushima adalah gameplay kombatnya.

Fleming mengatakan yang usaha tanpa henti selama enam tahun dijalankan bagi menyempurnakan kombat dalam game open-world itu, lapor IGN.

Ketika bercakap di GDC Showcase, beliau ditanyakan tentang apakah ciri yang paling sukar untuk ditampilkan dalam game berlatarbelakangkan zaman feudal Jepun itu. Beliau menjawab soalan itu tanpa teragak-agak.

“Jawapan mudah dan jawapannya adalah kombat. Sistem kombat adalah sesuatu yang pasukan kami — iaitu pengaturcara dan pereka dan juruanimasi — kamu tahu mereka bekerja selama enam tahun tanpa henti dan membina pelbagai versinya dengan bermacam pendekatan berbeza,” jawab Fleming.

“Sistem kombat bersama-sama dengan beberapa sistem lain…ia merupakan pusat untuk segala-galanya. Ia perlu berfungsi dalam semua situasi, ia perlu berfungsi dalam semua situasi pencahayaan, ia perlu berfungsi dalam semua bentuk muka bumi, ia perlu berfungsi dalam semua mode aneh yang mungkin game itu ada — kombat berpontensi untuk merosakkannya.”

Dalam reviu Boleh Beli or Boleh Blah!?, penulis mengatakan, “Tiada sebarang kejutan dari segi permainan pedangnya, tapi ia digilap dengan sangat baik. Ada block, ada parry, ada dodge, ada heavy dan light attack, ada senjata-senjata yang lebih berbahaya seperti Kunai, bom letupan, bom asap, dan semestinya busur dan panah.”

Ghost of Tsushima kini boleh dimainkan secara eksklusif di PS4 dan PS5.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Musim Pertama The Last of Us HBO Adalah Berdasarkan Game Pertama, Tapi Beberapa Episod Berbeza

Civilization 6 Tambah Portugal Sebagai DLC Terakhir New Frontier Pass