Walaupun, acaranya berlangsung dua hari lalu, kami masih lagi terngiang-ngiang dengan gameplay pertama memukau Horizon Forbidden West yang dipaparkan dalam siaran langsung State of Play.
Tanpa kita sedar, acara kelmarin itu sebenarnya telah memecahkan rekod State of Play sebelum ini yang hanya memfokuskan kepada satu game sahaja.
Ketika artikel ini ditulis, video gameplay itu telah mengumpulkan lebih 4.2 juta tontonan. Ia cukup jauh meninggalkan acara State of Play yang memaparkan game lain seperti Demons Souls (2.2 juta) , Ghost of Tsushima (1.9 juta), The Last of Us Part II (1.5 juta), dan Ratchet and Clank Rift Apart (960 ribu).
Harus diingat, terdapat juga State of Play yang lebih banyak jumlah tontonan daripada ini, namun acara tersebut memperlihatkan lebih daripada satu game, manakala rekod yang disebutkan di atas adalah State of Play yang hanya memfokuskan satu game sahaja.
Horizon Forbidden West akan dilancarkan untuk PS5 dan PS4. Buat masa ini, Guerrilla masih belum mengumumkan tarikh pelancarannya.
Namun, sejurus selepas gameplay pertama itu diperlihatkan, Guerrilla ada mengeluarkan kenyataan bahawa pembangunan game tersebut sedang berjalan mengikut jadual dan mereka akan berkongsikan perkembangan terbaharu dalam masa terdekat.
Comments
Loading…