in ,

Gameplay God of War Seterusnya Dilaporkan Akan Diperlihatkan Dalam Acara PlayStation Akan Datang

Selepas melaporkan tentang sekuel mini Ghost of Tsushima, pengasas-bersama XboxEra.com, @Shpeshal_Nick telah mengkhabarkan satu lagi ura-ura yang agak menarik.

Beliau telah menyatakan pula bahawa dalam acara PlayStation seterusnya, Sony dan Santa Monica akan memperlihatkan gameplay pertama untuk sekuel God of War.

Tidak banyak yang beliau dedahkan selain hanya menyebutkannya dalam satu tweet pendek.

Sebelum ini, beliau ada melaporkan bahawa Sucker Punch kini sedang membangunkan Ghost of Ikishima, satu sekuel pendek berasingan untuk Ghost of Tsushima seumpama Marvel’s Spider-Man: Miles Morales dan Uncharted: The Lost Legacy.

Dalam satu laporan berbeza, ada khabar angin menyatakan yang acara State of Play dari PlayStation yang seterusnya akan diadakan pada 8 Julai ini.

Sony sebelum ini belum lagi mengumumkan apakah judul rasmi untuk sekuel God of War ini, yang mana kemungkinan ia bukanlah berjudul ‘Ragnarok’ seperti yang ramai sangka.

Tarikh pelancaran sekuel God of War kini sudah ditunda ke tahun 2022, akan dilancarkan untuk PS5 dan PS4.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Kerjasama Hideo Kojima Bersama Xbox Dilaporkan Semakin Hampir Ditandatangani

Jadual WitcherCon Didedahkan – Bual Bicara Bersama Henry Cavill, Penulis Siri TV, Pembangun Game, Banyak Lagi