in , ,

Gameplay God of War Akan Mengambil Masa 25-30 Jam Untuk Dihabiskan

Cukup panjang tak gameplay ini untuk korang?

Semasa PlayStation Experience 2017 yang diadakan di California, Amerika Syarikat pada hujung minggu lalu, terdapat sedikit info baru yang kita peroleh tentang game eksklusif akan datang keluaran Sony, God of War.

Menurut pengarah game ini, Cory Barlog menyatakan bahawa para peminat Kratos akan mengambil masa 25 hingga 30 jam untuk menghabiskan God of War terbaru ini.

Beliau turut memberi komen tentang trailer yang dikeluarkan semasa Paris Games Week lalu. Kata Barlog, fail untuk suara Atreus masih belum dimasukkan ke dalam game sebenar semasa trailer tersebut dikeluarkan. Suara Atreus hanya dimasukkan semata-mata untuk trailer tersebut, kemudian mereka merasakan bahawa dialog yang diungkapkan oleh Atreus terlalu banyak, dan mereka akan lakukan perubahan terhadap dialog itu.

Korang boleh dengarkan temu ramah ini dalam video di bawah:

God of War kini masih lagi dalam pembangunan dan tiada lagi tarikh pelancaran. Walau bagaimanapun, terdapat khabar angin tentang tarikh pelancarannya telah tertiris.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Plants vs Zombies: Edisi GOTY Kini Percuma Di Origins, Lindungi Kebun Korang Dari Serangan Zombi

Youtuber Yang Sebelum Ini Meniriskan Battlefield 1, Kata Battlefield Tahun Depan Adalah Bad Company 3