in , , , ,

Gameplay eFootball Mula Tertiris – Korang Lihat Dan Nilaikan Sendiri

Video gameplay untuk eFootball telah mula tertiris di sebuah channel Youtube dari China, GREAT GAME TV CHANNEL — memperlihatkan beberapa paparan sebelum dan semasa perlawanan, dirakam dari kamera telefon.

Tentunya, apabila ia menjadi tular, Konami telah mengarahkan Youtube untuk memadamnya kerana mereka belum secara rasmi bersedia untuk memperlihatkannya. Walau bagaimanapun, akaun Twitter @Durandil67 telah berjaya memuat-turun dan memuat-naiknya semula.

Seadilnya, kami tidak mahu terlalu menilai gameplay eFootball daripada video tertiris ini. Lebih baik kita menunggu apabila ia dilancarkan pada hujung bulan ini dan mencubanya sendiri.

Namun, sekali pandang, ia sememangnya gameplay yang sama dengan ‘New Football Game‘ yang pernah kami mainkan sebelum ini.

Korang tengoklah sendiri.

eFootball 2022 akan dilancarkan pada 30 September ini untuk PC, PS4, PS5, Xbox One dan Xbox Series.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Penggambaran Episod Pertama Siri TV The Last of Us Telah Tamat, Umum Pengarah

Ini Trailer Multiplayer Call of Duty: Vanguard – Aksi Penuh Pantas Era Perang Dunia Kedua