in , ,

Gameplay Baru The Last of Us Part II Buatkan Peminat Bercakap Tentang PlayStation Vita

Seperti dijanjikan, awal pagi tadi telah menyaksikan Sony memperlihatkan gameplay baharu The Last of Us Part II melalui livestream State of Play.

State of Play kali ini berlangsung selama kira-kira 23 minit. Video dimulakan dengan memaparkan semula story trailer yang telah dikeluarkan pada awal bulan ini.

Kemudian, orang kuat Naughty Dog, Neil Druckmann telah berkongsikan selama 10 minit butiran tentang jalan cerita dan gameplay, menggunakan paparan gameplay yang pernah kita saksikan sebelum ini.

Antara butiran yang diperincikan oleh beliau ialah tentang penempatan Ellie dan rakan-rakannya yang digelar Jackson, kemudian sesuatu yang buruk telah berlaku membuatkan Ellie terpaksa keluar mengembara ke seluruh negara untuk membalas dendam, serta Druckmann menjelaskan tentang beberapa mekanisme gameplay baharu yang akan dibawakan ke dalam sekuel ini.

Seterusnya, State of Play diakhiri dengan 10 minit paparan gameplay dan cutscene serba baharu yang tidak pernah diperlihatkan kepada umum sebelum ini.

Kita dapat saksikan bagaimana Ellie, tidak seperti game pertama, kini sudah mampu untuk berenang dan menyelam di dalam air. Kemudian, kita dikejutkan dengan cutscene menampilkan satu gajet cameo yang sangat menarik — PlayStation Vita. Ellie telah mengugut, sebelum membunuh, seorang musuh memakai earphone yang sedang memainkan lagu Hotline Miami di Vita itu.

Satu cameo yang sangat unik. Kita boleh katakan 25 tahun selepas dunia The Last of Us dilanda serangan zombi, Vita terus terselamat, bertahan dan masih boleh dimainkan.

Korang boleh tonton livestream penuh State of Play tersebut di bawah:

The Last of Us Part II akan dilancarkan pada 19 Jun ini, eksklusif untuk PS4.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Antara Bonus Pra-Tempah Cyberpunk 2077 - Korang Dapat 8 Lencana Berjahit Termasuk 7 Logo Gang

Antara Bonus Pra-Tempah Cyberpunk 2077 – Korang Dapat 8 Lencana Berjahit Termasuk 7 Logo Gang

Lenovo Legion Umumkan 5 Laptop Dan 1 Desktop Gaming Baru Yang Akan Dilancarkan Pada Tahun Ini

Lenovo Legion Umumkan 5 Laptop Dan 1 Desktop Gaming Baru Yang Akan Dilancarkan Pada Tahun Ini