Menu
in , , , , ,

Gameplay 10 Minit Europa League Dalam FIFA 19 Telah Tertiris, Saksikan Sebelum Ia Dipadamkan

Peminat PES perhati je Europa League tu dari jauh.

Lesen UEFA buat pertama kalinya akan dibawakan ke dalam siri game FIFA dalam FIFA 19, selepas 10 tahun ia dipegang secara eksklusif oleh Konami dalam siri game PES. Mungkin kerana tidak sabar untuk menunjukkan lesen ini kepada umum, ada pihak yang telah meniriskan gameplay ini.

Dalam video berdurasi 10 minit yang dimuatnaik oleh seorang Redditor ini, korang akan dapat melihat menu untuk mode Kick-Off. Antara pilihan yang ada dalam mode ini nanti ialah Classic Match, House Rules, UEFA Champions League, UEFA Europa League, Home & Away dan Best of Series.

Pemain dalam video ini telah memilih perlawanan UEFA Europa League dan korang boleh saksikan perlawanan antara Manchester City dengan Manchester United serta memperlihatkan UI yang bertemakan Europa League.

Jom layan, sementara ia belum dipadamkan oleh EA Sports:

Versi demo FIFA 19 akan dikeluarkan pada 11 September ini, dan game penuhnya akan dilancarkan pada 28 September nanti untuk PC, PS4 dan Xbox One.

JomBaca: Gameplay PES 2019 VS Gameplay FIFA 19 – Saksikan Video Perbandingan Ini!

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Leave a Reply

Exit mobile version