in , , ,

Game Yang Dibangunkan Studio Dari Malaysia Ini Akan Diterbitkan Oleh Team17

Team17 merupakan sebuah syarikat yang terkenal menerbitkan game-game indie seperti Overcooked, Yooka-Laylee, Hell Let Loose dan banyak lagi.

Syarikat tersebut baru sahaja mengumumkan kerjasama dengan studio pembangunan game dari Malaysia, One More Dream Studios. Game pertama yang akan diterbitkan mereka ialah Ageless.

Ageless merupakan sebuah game puzzle-platformer yang menggunakan grafik yang cukup klasik. Pemain akan bermain sebagai Kiara yang akan menggunakan busur dan panah untuk mengawal umur tumbuh-tumbuhan dan haiwan.

Ageless akan dilancarkan ke PC (Steam) dan Nintendo Switch, walau bagaimanapun tiada tarikh pelancaran diumumkan setakat ini, namun ia dijadualkan akan tiba pada tahun ini.

Terima kasih, Aksiz.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Rainbow Six Siege Starter Edition Diperkenalkan - Lebih Murah, Tetapi Hanya 4 Operator Pada Permulaan

Pengarah Mahu Rainbow Six Siege Jadi Percuma Untuk Dimainkan Pada Masa Akan Datang

Destiny 2: Trials of Osiris Kembali! Mampukah Korang Mara Ke Kemenangan Tanpa Kalah?

Destiny 2: Trials of Osiris Kembali! Mampukah Korang Mara Ke Kemenangan Tanpa Kalah?