Selepas pelancaran Cyberpunk 2077 pada September nanti, CD Projekt Red akan memulakan pembangunan untuk sebuah game baharu dalam dunia The Witcher.
Berita ini didedahkan oleh Presiden dan CEO syarikat itu, Adam Kicinski semasa bercakap kepada media, lapor Eurogamer.pl (via GamesRadar).
Walau bagaimanapun, game ini bukanlah sekuel kepada The Witcher 3 ataupun digelar The Witcher 4, sebaliknya ia merupakan game lain, tetapi tetap dari universe The Witcher.
Kicinski mengatakan bahawa mereka sudahpun “mencipta satu konsep yang agak jelas” untuk game ini. Sebilangan kecil pasukan mereka sudahpun memulakan persiapan awal untuk game ini, namun sebahagian besar pasukan masih lagi fokus kepada Cyberpunk 2077. Apabila game futuristik itu nanti dilancarkan, pembangunan seterusnya untuk game Witcher baharu akan dimulakan terus.
Beliau menambah lagi bahawa CDPR pada ketika ini hanya akan fokus kepada dua francais ini, bermakna apa sahaja game yang akan dibangunkan mereka selepas ini bakal tiba dari dunia sama ada The Witcher atau Cyberpunk 2077.
Cyberpunk 2077 akan dilancarkan pada 17 September 2020 untuk PC, PS4, Xbox One dan Stadia.
Comments
Loading…