Acara esports telah dipertandingkan di Sukan SEA di Filipina yang baru sahaja melabuhkan tirai pada awal bulan ini, dan Malaysia sudahpun memiliki pingat emas pertama melalau acara Hearthstone yang dimenangi Yew Weng Kean.
Ia mungkin telah berjaya menembusi temasya sukan terbesar Asia Tenggara itu, namun nampaknya masih belum mampu menambat hati Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC).
Awal Disember lepas, Persidangan Olimpik ke-8 telah berlangsung dan IOC telah menyatakan kemaskini tentang apakah pendirian mereka terhadap status kemasukan esports ke dalam temasya sukan terbesar dunia itu. IOC telah merumuskan dua perkara ini:
- Mengenai sukan elektronik, IOC melihat banyak potensi untuk menyertakan kerjasama serta pergerakan sukan di dalamnya. Banyak simulasi sukan kini menjadi lebih fizikal dengan adanya Virtual Reality (VR) dan Augmented Reality (AR), yang mana ia menyamai sukan tradisional.
- Mengenai game elektronik lain, mereka merumuskan yang buat masa ini, persatuan perlu lebih memberi fokus kepada atlet dan pemain berbanding memfokuskan kepada game-game tertentu. Ia adalah agar dapat mempromosi gaya hidup sihat dalam kalangan pesaing elit esports termasuk kedua-dua kesihatan fizikal dan mental.
Apa yang boleh disimpulkan daripada kenyataan ini ialah esports nampaknya masih belum cukup “sihat” seperti sukan-sukan tradisional lain untuk dimasukkan ke dalam Sukan Olimpik.
Apa pandangan korang?
Terima kasih, Aksiz.
Comments
Loading…