Game terbaru Tomb Raider akan hadir dan pendedahannya akan dilakukan di ‘acara utama’ pada tahun 2018. Tapi mereka akan dedahkan lebih banyak dari sekadar pengumuman.
Game itu secara rasminya akan didedahkan pada permulaan ‘acara utama pada tahun 2018’ dan telah disahkan oleh pasukan pembangun di akaun Twitter bahawa ia tidak mengambil masa yang lama untuk didedahkan dan pemain boleh dapatkannya.
Baca kenyataan penuh di bawah kerana ia mungkin akan mengesahkan tajuk game terbaru itu:
Kenyataan di atas sangat ketara apabila ia mengandungi tujuh ayat dengan abjad pertama untuk setiap ayat baru akan menghasilkan perkataan “SHADOW”. Atau ini mungkin boleh jadi kebetulan sahaja. Tetapi laporan sebelum ini mencadangkan bahawa tajuk game Tomb Raider ketiga akan dipanggil Shadow of The Tomb Raider.
Ini adalah sebahagian daripada usaha untuk meletakkan ‘peminat di hadapan dulu’ sedang mereka menanti pendedahan rasmi dengan apa yang mereka panggil sebagai ‘pengembaraan terkini’ Lara.
Sumber: IGN
Comments
Loading…