in

Game Terbaru Mafia Dalam Pembikinan, Tapi Akan Masa Beberapa Tahun

Studio Hangar 13 telah mengesahkan bahawa projek terbaru Mafia sedang dalam pembikinan. Tapi ia akan mengambil masa beberapa tahun untuk disiapkan.

Dalam temu ramah bersama pengurus besar Hangar 13, Roman Hladík sempena menyambut ulang tahun ke-20 francais Mafia, beliau mengesahkan tentang projek terbaru itu namun tidak mahu berkongsi apa-apa informasi buat masa sekarang.

Laporan Kotaku juga berkata pada awal tahun ini, Hangar 13 sedang menghasilkan game terbaru Mafia. Dalam masa yang sama juga ketua studio Haden Blackman meninggalkan studio itu. Begitu juga dengan ketua pegawai operasi, Matthew Urban yang meninggalkan studio.

Projek terbaru berada di bawah kod nama “Nero” dan dijangka menjadi prekuel kepada trilogi Mafia. Unreal Engine 5 akan digunakan untuk projek baharu itu, tidak lagi menggunakan enjin Mafia 3.

Written by Danial DaxZuher

Seorang penulis yang suka bermain game menembak, membaca novel aksi, mendengar lagu OST video games dan movies serta mencipta cerita pendek.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Xbox Game Pass ‘Friends and Family’ Mungkin Boleh Juga Dikongsi Dengan Rakan-Rakan

Sony Tubuhkan PlayStation Studios Mobile Division Dengan Pembelian Savage Game Studios