Menu
in , , ,

Game Terbaru Fable Dilaporkan Sedang Berada Dalam Pembangunan Oleh Playground Games

Microsoft dilaporkan sedang cuba menghidupkan kembali siri Fable, sebuah game aksi RPG. Playground Games, studio di sebalik siri game Forza Horizon dikatakan sedang membangunkan game Fable terbaru.

Menurut laporan Eurogamer, Microsoft sedang melakukan “pelaburan signifikan” untuk Fable. Walaupun pembangunan masih berada di tahap awal, namun, Playground Games dilihat sedang berada dalam proses untuk pengambilan pekerja. “200 orang akan bekerja untuk game ini.” Playground Games sudah pun membawa masuk bakat-bakat dari DICE, Rockstar North dan Ninja Theory.

Khabar angin mengatakan bahawa Playground Games sedang menghasilkan sebuah game yang tidak berkaitan dengan perlumbaan beberapa tahun yang lalu. Beberapa bulan kemudian, ia telah dilaporkan bahawa game terbaru itu adalah sebuah game aksi RPG.

Keputusan Microsoft untuk membawakan semula Fable itu adalah kerana dipengaruhi oleh kejayaan Horizon Zero Dawn, sebuah game aksi RPG single-player yang telah terjual sebanyak 3.5 juta salinan pada bulan Jun 2017.

Co-creator Fable, Simon Carter meluahkan “perasaan bercampurnya” tentang laporan tersebut dengan mengatakan:

“Bagus untuk industri video game UK dan sangat menyenangkan bahawa Fable masih belum mati. Sebaliknya, ia agak mencurigakan untuk membuang pasukan lama yang berkebolehan unik dalam menghasilkan Fable dan kemudian cuba untuk menghasilkan Fable baru. Fable ialah game yang pelik dan susah untuk membinanya semula dengan pasukan baru. Apa pun, orang-orang dalam pasukan itu sangat berbakat dan saya pasti mereka akan melakukan kerja yang terbaik.”

Lionhead Studio, studio asal yang menghasilkan siri Fable telah ditutup pada tahun 2016 diikuti dengan pembangunan game Fable Legends yang bermasalah. Walaupun game itu telah dibatalkan, ketua Xbox, Phil Spencer kekal optimistik tentang masa depan francais tersebut dengan berkata “IP itu mempunyai banyak tempat yang ia boleh pergi.”

Written by Danial DaxZuher

Seorang penulis yang suka bermain game menembak, membaca novel aksi, mendengar lagu OST video games dan movies serta mencipta cerita pendek.

Leave a Reply

Exit mobile version