Tahun 2018 telah menyaksikan industri gaming diwarnai dengan bermacam kisah. Saban tahun, industri ini mempunyai ceritanya tersendiri yang cukup unik.

Game-game yang dilancarkan pada tahun ini sememangnya, apa orang kata, tak senang duduk dibuatnya. Dalam pelbagai anugerah yang diadakan oleh media-media di luar sana, kita telah menyaksikan yang hanya dua game sahaja yang dinobatkan sebagai ‘Game of the Year’ – iaitu sama ada Red Dead Redemption 2 atau God of War.

JomBaca: The Game Awards 2018: God of War Rangkul Anugerah Game of the Year, Red Dead Redemption 2 Bolot Anugerah Paling Banyak

Walau bagaimanapun, bukanlah tiada game-game yang mantap selain dua ini. Assassin’s Creed Odyssey, Celeste, Marvel’s Spider-Man, Monster Hunter: World, A Way Out, Detroit: Become Human, dan Forza Horizon 4 merupakan antara game yang memancarkan sinarnya yang tersendiri.

Jangan dilupakan juga bagaimana berkembangnya arena mobile gaming. Melalui pelancaran dua gergasi game battle royale ke peranti mobile — PUBG Mobile dan Fortnite Mobile — jumlah gamer mobile bertambah umpama cendawan tumbuh selepas hujan.

Maka, tanpa membuang masa lagi, seperti tahun-tahun sebelum ini, jom kita tengok apakah game terbaik atau GOTY pilihan penulis-penulis JomGaming untuk tahun 2018 ini.

Alvin Boon – PUBG Mobile (Android & iOS)

Game pilihan penulis bagi tahun 2018 adalah PUBG Mobile.

PUBG Mobile yang di-port dari game PC bergenre battle royale ini diangkat dari game yang menjadikan genre ini satu fenomena gaming sedunia. Dalam pencarian game battle-royale yang perfect di mata penulis, PUBG Mobile adalah game battle royale yang tidaklah sempurna, tetapi memenuhi banyak kehendak gaming penulis. Ianya bebas-gimik pelik-pelik (kecuali rekaan warna skin yang sedikit menjengkelkan) seperti kebanyakan clone battle royale yang lain, di-balance secukup rasa, dan sememangnya memenuhi keinginan gaming first-person shooter penulis.

Hadir di platform mobile, PUBG Mobile memberikan pendedahan kepada mereka-mereka yang selama ini dijamu game puzzle dan MOBA di smartphone. Banyak kali juga penulis bertemu pasangan kekasih/suami isteri yang bermain PUBG Mobile bersama-sama di McDonald’s, kedai mamak dan sebagainya – sesuatu yang selama ini jarang berlaku bagi game-game mobile lain.

Penulis melihat PUBG Mobile sebagai pakej gaming instant ala mi segera Maggi – ianya cukup menghilangkan rasa ingin bergaming bila perlu, tersedia di mana-mana, tidak memerlukan perkakasan mahal, dan menjimatkan poket! Padanan serasi untuk gamer bekerjaya seperti penulis yang inginkan waktu-waktu gaming mini dalam perjalanan pergi balik kerja.

Danial DaxZuher – This Is The Police 2 (PC, PS4, XB1, Switch)

Kenapa penulis memilih game ini sebagai game terbaik tahun 2018? Bagi korang yang berminat dengan game bergenre strategi pengembaraan, mungkin korang boleh cuba main game ini kerana game ini menggabungkan elemen strategi dan elemen pengurusan balai polis yang mana boleh menjadi cabaran kepada sesetengah pemain.

Setiap hari, pemain akan menentukan berapa ramai anggota polis yang akan bertugas, memilih kelengkapan yang betul dan gunakan strategi mana yang sesuai dengan situasi di tempat kejadian. Bukan itu sahaja, pemain juga perlu berdepan dengan anggota-anggota polis yang mempunyai masalah peribadi, masalah kesihatan dan masalah dari segi tingkah laku.

Jika pemain gagal untuk menangani masalah-masalah dalam balai polis tersebut, maka, pemain akan menghadapi cabaran yang sukar untuk menyelesaikan kes-kes pada hari itu kerana kekurangan anggota polis.

Apabila banyak kes yang tidak dapat diselesaikan, maka pemain akan menerima kurang ganjaran yang mana ia akan memberi kesan kepada progressi pemain dan perjalanan cerita. Oleh sebab itu penulis memilih This Is The Police 2 sebagai game terbaik tahun 2018.

JomBaca: This Is The Police 2: Boleh Beli or Boleh Blah!?

Faiz Tobeng – Red Dead Redemption 2 (PS4 & XB1)

Red Dead Redemption 2 mempunyai kesannya yang cukup istimewa kepada penulis. Apabila menghabiskan game ini, jalan ceritanya membuatkan penulis merasakan sesuatu yang tidak pernah penulis terbayang mampu terjadi berpunca daripada sesebuah video game.

Buat pertama kalinya dalam hidup, ketika di babak-babak penghujung game ini, ada di suatu saat, penulis terpaksa pause game buat seketika, meletakkan controller dan menyapu kedua-dua tangan ke muka. Perasaan dan emosi yang dimainkan oleh Rockstar adalah sungguh mendalam sehingga penulis seolah-olah seperti tidak sanggup untuk meneruskan permainan. Beban perasaan yang terlalu berat sehingga penulis terpaksa berehat seketika.

Melalui kisahnya yang cukup mendalam, gameplaynya yang sangat mantap, side mission-nya tidak repetitif, open-world-nya yang “hidup”, endgame-nya tidak membosankan, lagu dan sinematiknya yang indah — ia tidak dapat disangkal lagi sebagai game terbaik bagi penulis untuk tahun 2018. Seperti yang penulis nyatakan dalam review Boleh Beli or Boleh Blah!?, penulis mula mainkan game ini dengan harapan ia menjadi game terbaik untuk tahun ini, tetapi ia terus menjadi game terbaik yang pernah penulis mainkan dalam hidup.

Hans Yusoff – Red Dead Redemption 2 (PS4 & XB1)

Apabila disuruh untuk memilih game terbaik untuk tahun ini, sudah tentu Red Dead Redemption 2 yang akan menjadi pilihan penulis.

Tidak sukar sebenarnya untuk memilih Red Dead Redemption 2 sebagai game terbaik — sebab apa? Dari gameplay yang mantap, jalan cerita yang banyak memainkan emosi pemain, plot-plot cerita yang tersusun, grafik yang memukau, sehingga ke soundtrack yang benar-benar meremangkan bulu roma penulis.

Jika God Of War memainkan emosi dari segi perhubungan anak dan bapa, tetapi dalam Red Dead Redemption 2 ini, berbagai emosi telah ditonjolkan dari segi persahabatan, kesetiaan, pengkhianatan dan juga pilihan cara hidup. Sukar untuk digambarkan dengan kata-kata, tetapi bagi mereka yang sudah memainkn game ini sudah pasti memahami apa yang penulis cuba sampaikan.

Watak protagonis iaitu Arthur Morgan merupakan sebab utama mengapa game ini terpilih sebagai game terbaik pada tahun ini. Ternyata pembangun Rockstar tidak pernah mengecewakan kita dengan game-game yg berkualiti dan oleh sebab itu Red Dead Redemption 2 menjadi pilihan penulis untuk game terbaik 2018.

Juego Peligro – Detroit: Become Human (PS4)

Tahun ini, kita dihujani dengan game-game eksklusif PS4 yang mantap. Namun, saya memilih Detroit: Become Human sebagai game terbaik saya bagi tahun 2018.

Bahkan, saya merasakan Detroit: Become Human merupakan game terbaik yang pernah dihasilkan oleh Quantic Dream. Antara sebabnya adalah game ini berjaya mengolah cara permainan sambil disulami dengan sinematik yang amat realistik.

Sebagai seorang pemain yang mengawal tiga karakter: Kara, Connor dan Markus, anda dibentangkan dengan pilihan keputusan yang bersangkut paut antara satu sama lain dan takdir setiap karakter sama ada mereka mampu hidup bersama manusia atau tinggal bersama android semuanya di tangan anda. Karakter sampingan seperti Hank dan Alice menambahkan rencah dalam penceritaan. Tambahan pula, setiap karakter mempunyai personaliti dan soundtrack mereka yang tersendiri.

Walaupun Detroit: Become Human masih lagi mengalami sindrom plot hole, game ini mampu menaikkan lagi kelas genre ‘interactive drama’ yang sinonim dengan game seperti Life is Strange 2, A Way Out, kesemua game Telltale (Tales from the Borderlands, Batman) dan banyak lagi.

Zack Salleh – Battletech (PC)

Keluaran terbaru dari siri Battletech ini sememangnya boleh dikatakan antara turn-based strategy terbaik untuk 2018. Kisah yang dipersembahkan dalam keluaran kali ini agak ringkas iaitu membantu puak penentang yang diketuai oleh seorang puteri dalam usaha menjatuhkan kerajaan yang zalim. eh, macam Star Wars pulak kan?

Walaupun mempunyai idea yang ringkas, ia menjadi lebih menarik kerana watak-watak akan berinteraksi sesama sendiri dan ianya akan memberi efek pada moral, ekonomi dan sebagainya.

Pemain juga perlu mengurus kelengkapan pada setiap Mech yang akan dihantar ke medan perang dengan senjata dan alatan yang bersesuaian. Sebagai contoh, pada map yang berbukit-bukau, adalah lebih baik jika alatan utiliti seperti jump-jet disertakan bersama dan juga menambahkan heatseat apabila bertarung pada planet yang mempunyai suhu yang tinggi bagi mengelakkan overheating.

Pengurusan pilot-pilot juga hendaklah dilaksanakan oleh pemain agar mereka dapat memberikan prestasi optimum di medan perang. Selain kesihatan mereka, skill-skill perlulah dibimbing agar mereka dapat mempergunakan ciri-ciri yang ada pada sesetengah mech sepenuhnya.

Akhir kata, Battletech adalah sebuah game yang sangat patut dicuba terutamanya peminat-peminat turn-based strategy kerana ia pastinya akan memberi cabaran pada pemain.

JomBaca: Detroit: Become Human: Boleh Beli or Boleh Blah!?

Ini senarai game terbaik tahun 2018 pilihan penulis-penulis JomGaming. Apa pula pilihan korang? Kongsikan dengan kami di ruangan komen di bawah!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.