Menu
in

Game Suicide Squad Dibatalkan! Dev Akan Bangunkan Game Batman Damian Wayne!

Warner Bros. Montreal yang menghasilkan Batman: Arkham Origins pernah membangunkan game Suicide Squad yang kini telah dibatalkan!

Menurut Kotaku, Warner Bros. Montreal yang sedang membangunkan projek game Suicide Squad dalam diam telah membatalkan hasrat tersebut. Projek yang dibangunkan selama 2 tahun ini akhirnya dibatalkan setelah dipamerkan kepada pihak pengurusan di Warner Bros. dan mereka tidak “terlalu kagum” dengannya.

Mereka kini akan menumpukan usaha dalam membangunkan game Batman yang menampilkan Damian Wayne, anak kepada Bruce Wayne. Damian pernah muncul di dalam beberapa timeline Batman samada dalam versi komik mahupun animasi. Adakah game ini nanti dapat memberikan pengalaman berbeza terhadap karakter ini? Kita tunggu dan lihat aje nanti.

Nampaknya tak dapatlah kita bermain dengan karakter Harley Quinn. Kalau nak jugak, mungkin game mobile Suicide Squad: Special Ops dapat mengubat duka lara korang semua.

Written by Alvin

Video games. Board games. Game of Thrones. Ang banyak meluangkan masa dengan sentiasa bermain - IRL dan online! Kalau tidak, beliau menghabiskan masa sebagai ghost-writer bagi syarikat-syarikat penerbitan.

Leave a Reply

Exit mobile version