in

Game Star Wars Yang Dibikin Quantic Dream Dilaporkan Berjudul Eclipse, Akan Diumumkan Hujung Tahun Ini

Beberapa butiran baharu telah muncul mengenai game Star Wars yang dikhabarkan sedang dibangunkan oleh Quantic Dream.

Butiran terbaharu ini mengatakan bahawa game tersebut dikatakan akan digelar Star Wars Eclipse, dan dikatakan menggunakan latar belakang era High Republic, iaitu kira-kira 200 tahun sebelum Skywalker Saga (The Phantom Menace) dan kira-kira 800 tahun selepas kejatuhan Old Republic.

Laporan ini hadir dari wartawan tersohor, Jeff Grubb, ketika bercakap dalam rancangan Grubbsnax terbitan Giant Bomb, lapor GamingBolt.

Grubb turut menyatakan yang game itu bakal diumumkan tidak lama lagi, yang mana beliau menjangkakan yang ia akan didedahkan sebelum bermulanya tahun baharu 2022.

Sekiranya game terbaharu Star Wars ini akan diumumkan dalam satu acara besar, ia mungkin akan diperkenalkan buat kali pertama semasa The Game Awards 2021, yang dijadualkan berlangsung pada 9 Disember ini.

Sekitar dua bulan lalu, telah muncul laporan yang menyatakan Quantic Dream kini sedang membangunkan sebuah game Star Wars, dan projek tersebut telahpun sejak 18 bulan yang lalu.

Kemudian, laporan susulan berasingan pula mengatakan game Star Wars itu dikatakan lebih kepada gameplay aksi tradisional, dan mungkin juga memiliki unsur open-world dan multiplayer.

Genre seumpama ini, jika laporan ini adalah sahih, tentunya sesuatu yang asing kepada Quantic Dream. Berbeza dengan game-game mereka sebelum ini — Heavy Rain (2010), Beyond: Two Souls (2013), dan Detroit: Become Human (2018) — yang kurang menampilkan aksi, lebih kepada gameplay yang memerlukan pemain memilih beberapa keputusan yang disediakan dengan pantas (quick-time-event).

Pada tahap ini, apabila ia sudahpun dilaporkan oleh beberapa wartawan terkenal, sukar untuk mengatakan ia masih merupakan satu khabar angin. Hanya masa yang akan menentukan bilakah game yang dibikin Quantic Dream ini akan didedahkan kepada umum.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Selepas West Ham Dan Sporting, UFL Umum Perjanjian Lesen Bersama Shakhtar Donetsk

Ubisoft Paparkan 2 Trailer Sinematik Far Cry 6, Sahkan Tarikh Pelancaran

Far Cry 6: Boleh Beli or Boleh Blah!?