Respawn Entertainment, sebuah studio yang menghasilkan game Titanfall, sedang menghasilkan game Star Wars yang masih belum diberi judul oleh EA.
Walaupun tiada maklumat yang terperinci diberitahu, namun ia disahkan bahawa game itu akan menjadi sebuah game aksi third-person. EA telah mengeluarkan tarikh keluaran untuk game tersebut. EA mengumumkan bahawa tarikh keluaran game Star Wars dari Respawn akan jatuh pada tahun fiskal 2020, yang mana akan dikeluarkan antara April tahun 2019 ke Mac tahun 2020.
On earnings call, EA says @Respawn Star Wars action game will likely drop in Fiscal 2020, meaning by March 2020.
— Geoff Keighley (@geoffkeighley) January 30, 2018
Ia merupakan satu penantian yang lama bagi peminat Star Wars. Mungkin ia akan dilancarkan untuk konsol generasi akan datang. Tapi apa yang bagusnya, Respawn Entertainment boleh mengambil masa yang mereka perlukan untuk menghasilkan game itu, memandangkan studio itu sekarang telah dimiliki oleh EA.
Comments
Loading…