in ,

Game Star Wars Oleh Quantic Dream Dilaporkan Fokus Gameplay Aksi, Multiplayer, Open-World

Kita sudah mendengar laporan tentang Quantic Dream kini sedang membangunkan sebuah game Star Wars yang baharu.

Laporan awal itu hadir dari Youtuber Gautoz dan DualShockers. Kini, bagi menyokong laporan tersebut, Kotaku juga telah mengeluarkan laporannya yang tersendiri.

Kotaku menyatakan yang mereka belum boleh memastikan bahawa laporan ini adalah 100% tepat, yang mana ia datang dari sumber bebas yang tahu mengenai perancangan studio pembangunan itu.

Apa yang diberitahu kepada Kotaku adalah game Star Wars itu dikatakan lebih kepada gameplay aksi tradisional, dan mungkin juga memiliki unsur open-world dan multiplayer.

Genre seumpama ini, jika laporan ini adalah sahih, tentunya sesuatu yang asing kepada Quantic Dream. Berbeza dengan game-game mereka sebelum ini — Heavy Rain (2010), Beyond: Two Souls (2013), dan Detroit: Become Human (2018) — yang kurang menampilkan aksi, lebih kepada gameplay yang memerlukan pemain memilih beberapa keputusan yang disediakan dengan pantas (quick-time-event).

Apa-apa pun, seperti biasa, berita ini masih lagi dalam status khabar angin, maka jangan meletakkan harapan terlalu tinggi.

Sama-samalah kita nantikan sama ada pihak-pihak berkaitan akan memberikan respon terhadap khabar angin ini ataupun tidak.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Gran Turismo 7 Umum Edisi Ulang Tahun Ke-25, Ganjaran Pra-Tempah Didedahkan

UFL Umumkan Oleksandr Zinchenko Sebagai Duta Rasmi, Kongsikan Model 3D Pemain Pertama