in , ,

Game Star Wars Episode 1 Racer Tahun 1999 Dikeluarkan Semula Ke PC Melalui GOG

Game podracing klasik kegemaran ramai kini kembali!

Peminat trilogi prekuel filem Star Wars? Peminat game-game klasik Star Wars? Ini ada berita baik untuk korang!

Selepas 19 tahun, game Star Wars Episode 1 Racer telah dikeluarkan semula untuk platform PC di GOG. Game ini pernah dilancarkan di PC, Nintendo 64, Game Boy Color, Mac OS, dan Dreamcast.

Versi yang ada di GOG sekarang merupakan versi port yang dikeluarkan di PC pada tahun 1999 itu, bukan remake atau remaster.

Korang boleh dapatkan game ini dengan harga USD8.49 (~RM33.37) di GOG.com sekarang.

Terima kasih IGN.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Fortnite Kini Berwajah Baru Dengan Tema Adiwira – Black Panther, Harley Quinn, Wonder Woman Dan Banyak Lagi!

John Marston Tampil Dalam Trailer Ketiga Red Dead Redemption 2, Lihat Box Art Yang Garang Ini