Game Star Wars akan datang dari Ubisoft dilaporkan mempunyai banyak persamaan dengan game No Man’s Sky. Adakah ini game yang dinanti-nantikan oleh peminat tegar Star Wars?
Selama ini EA bertanggungjawab dalam menghasilkan AAA game Star Wars, yang mana jumlahnya sedikit jika dibandingkan semasa zaman LucasArts dahulu.

Selain dua buah game Battlefront, EA juga menghasilkan Star Wars: Squadrons dan sekuel kepada Star Wars Jedi: Fallen Order tahun ini. Namun terdapat beberapa buah game dibatalkan oleh EA.
Antara game Star Wars berskala besar yang kini berada dalam pembikinan adalah projek yang sedang dibangunkan oleh Ubisoft. Ia masih belum mempunyai judul rasmi dan tarikh keluar masih belum diumumkan.
Menurut Insider Gaming, game terbaru itu dilaporkan akan membawakan open-world yang luas merangkumi pelbagai galaksi yang boleh diterokai.

Malah ia juga dibandingkan dengan game No Man’s Sky yang juga menampilkan open-world merentasi planet. Game Star Wars terbaru itu juga dikatakan mempunyai fungsi di mana pemain boleh mencipta karakter sendiri dan memilih jalan mana yang pemain mahukan semasa bermain.
Sekiranya butiran ini adalah sahih, bermakna game Ubisoft itu juga seakan sama dan akan bersaing dengan Starfield. Game yang sedang dibangunkan Bethesda itu merupakan antara game AAA dinantikan ramai yang akan keluar pada 2023.
Comments
Loading…