in

Game Star Wars Dari Pencipta Uncharted Mempunyai Proses Kreatif Sama Seperti Siri Uncharted

Menggabungkan ciri-ciri Uncharted dalam dunia Star Wars – mungkin itulah impian para gamers!

amy hennig star wars

Semasa Star Wars Celebration Europe yang diadakan di London, pencipta Uncharted, yang kini adalah Pengarah Kreatif untuk game Star Wars terbaru, Amy Hennig telah berkongsi tentang beberapa maklumat dan gambar terbaru mengenai game itu.

Team dari Visceral Game itu sedang menulis tentang kisah Star Wars yang original dengan beberapa karakter, lokasi, makhluk dan teknologi yang baru. Dan ia perlu kelihatan asli seiring dengan tradisi yang terdapat dalam francais Star Wars. Jadi, studio yang diketuai oleh beliau sedang bekerjasama rapat dengan mereka di LucasFilm. Hennig menambah, kerjasama seperti ini adalah “kritikal”.

Pembangunan game ini masih lagi jauh, yang mana ia hanya akan tiba pada 2018 – malah ia masih belum memiliki nama yang akan digunapakai. Hennig mengatakan ia masih terlalu awal untuk bercerita tentang game ini, namun para pemain sentiasa tidak sabar dan ingin tahu lebih lanjut, sekurang-kurang apakah proses yang digunakan dan sejauh manakah game ini telah berjalan.

Bercakap di acara tersebut, Hennig mempamerkan beberapa artwork untuk game ini. Beliau berkata ia mempunyai banyak klu dan beliau mengajak para peminat semua untuk sama-sama menelitinya dan berspekulasi. Berikut adalah artwork yang dikatakannya:

star wars

star wars star wars

Menurut Hennig, proses kreatif yang dilakukan untuk game ini mempunyai persamaan dengan apa yang beliau pernah lakukan untuk Uncharted. Dan apabila beliau menyebut sahaja “Uncharted”, para hadirin bersorak dan beliau membalas, “Bagus, mereka akan menyukai game ini nampaknya!”

Matlamat akhir untuk game terbaru ini adalah apabila pemain menghabiskan game ini, mereka akan benar-benar merasakan ia adalah sebuah filem Star Wars. Hennig mensasarkan untuk menampilkan struktur yang betul, termasuklah dari segi kesenian, halangan-halangan dan latar belakang, semua elemen yang menjadikan ia sebuah kisah Star Wars.

Pada E3 2016 lalu, Electronic Arts telah memperkenalkan game ini dengan mendedahkan kesemua perancangan untuk game-game Star Wars di bawah terbitan mereka.

Sumber: DualShockers

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Demam Pokémon GO Menjangkiti Ahli MMA!

Demam Pokémon GO Menjangkiti Ahli MMA!

Game VR Star Wars, Trials of Tatooine Akan Mula Percuma Di Steam Esok!