in , , ,

Game Skate Seterusnya Akan Umumkan Sesuatu Esok

Sebuah game Skate baharu telah diumumkan lebih setahun yang lalu, iaitu ketika slot penutup EA Play Live 2020.

Sejak itu, pembangunan game itu membisu, sehinggalah kini. Dalam kenyataan terbaharu, Full Circle telah memberitahu bahawa sepanjang setahun ini, mereka telah menubuhkan studio itu, mengambil pekerja-pekerja baharu, serta sedang berusaha gigih membangunkan game itu.

Mereka mengumumkan yang Skate baharu itu masih belum bersedia untuk diperlihatkan dalam acara EA Play Live 2021 yang akan berlangsung minggu ini. Namun, mereka mengacah yang akan ada sesuatu yang akan dikongsikan pada hari esok.

Apakah yang akan mereka dedahkan? Sama-sama kita nantikan.

Buat masa ini, Skate baharu ini masih belum ada judul rasmi. Sama ada digelar Skate 4 atau ianya satu reboot, bilakah tarikh pelancaran, apakah paltform yang akan keluar — semuanya masih belum diketahui.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Ubisoft Umumkan Game Tom Clancy Baharu, Gameplay Penuh Tengah Malam Ini, Saksikan Video Pendek Ini Dulu

Ubisoft Umum Tom Clancy’s XDefiant – Game Shooter Percuma 6v6 Gabungkan Splinter Cell, Ghost Recon, Division