in ,

Game Single-Player Story Akan Terus Jadi DNA Kami, Kata Ketua PlayStation Studios

Ketua PlayStation Studios, Hermen Hulst sekali lagi telah menegaskan bahawa game single-player yang memfokuskan kepada penceritaan akan terus menjadi teras mereka dalam bergerak ke hadapan.

Ketika ditanyakan dalam satu temu ramah di PlayStation Blog tentang apakah game single-player story dilihat sebagai sesuatu yang penting kepada pengalaman konsol PlayStation Studios, ini jawab beliau:

“Sudah tentu. Singe-player, game berasaskan naratif — itu DNA kami. PlayStation Studios telah membikin, dalam ingatan saya, banyak pengalaman naratif yang menjadi kenangan. Kami sangat suka membikinnya, dan kami akan terus melakukannya selagi ia terus menghiburkan gamer.”

“Bagi saya, suasana duduk berehat pada Jumaat malam dengan dunia serba baharu, dan kisah mengagumkan untuk diterokai — kedengaran seperti malam yang sempurna, betul tak?”

Beliau turut memastikan yang mereka akan terus mencipta pelbagai pengalaman untuk audiens seperti francais-francais dan IP-IP baharu, game besar dan kecil, dan lebih banyak game inovatif sama ada single-player atau multiplayer.

“Siapa kata pengalaman multiplayer tidak boleh memiliki penceritaan yang bagus, ya tak?” tambah Hulst.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Game Shooter Terbaru Riot Games, Valorant Akan Dilancarkan Pada 2 Jun

Valorant Akan Dilancarkan Untuk Platform Mobile, Kini Memiliki 14 Juta Pemain Bulanan

SEMUA DLC Battlefield 4 Kini Adalah Percuma!

Battlefield 4, 1, 5 Kini Disajikan Dengan Promo Battlefield Yang Akan Didedahkan Esok