“Game single-player akan terus sentiasa terjual pada jangka masa yang lama”, kata CEO Ubisoft Yves Guillemot.

Masa depan game single-player kini menjadi antara perbualan hangat apabila EA memutuskan untuk menutup studio Visceral yang membangunkan siri Dead Space dan bertanggungjawab untuk membangunkan game action-adventure Star Wars sebelum berita buruk melanda studio ini. Lebih-lebih lagi, game Star Wars berbentuk linear adventure itu bakal dirombak pembangunannya dari segi rekaannya untuk memasuki lebih microtransaction.

Namun, apa pula kata Ubisoft yang juga merupakan antara penerbit utama setanding dengan EA dalam industri game?

Guillemot masih berpegang teguh kepada game single-player kerana beliau berkata game single-player akan sentiasa laku terjual.

Lebih-lebih lagi, beliau menambah dengan memperkenalkan elemen baru seperti RPG ke dalam game single-player akan menaikkan nilai kualiti game kerana ini boleh mendorong pemain untuk berulang-alik bermain game sama tanpa rasa bosan.

Elemen RPG baru diterapkan masuk seperti memasukkan pengalaman menimba ilmu tanpa combat melalui Discovery Mode ke dalam Assassin’s Creed Origins yang merupakan antara game single-player terbesar dari Ubisoft memberi pulangan lumayan apabila jualan Origins melebihi jangkaan mereka. Ini adalah contoh game single-player masih lagi relevan sehingga kini dan juga pada masa akan datang.

Selain itu, Guillemot berkata Ubisoft kini sedang giat melaksanakan satu kandungan yang dijana oleh pemain untuk menarik perhatian pemain bagi terus bermain dengan game single-player untuk jangka masa lama.

JomKomen!