in , ,

Game Single-Player Masih Lagi Hebat, Kata Pengarah God of War

Game single-player mudah diakses dan lebih seronok bermain, luahan pengarah God of War.

Antara game eksklusif PlayStation yang paling hangat diperkatakan, God of War, pengarahnya Cory Barlog tidak menang tangan dengan mengendalikan banyak temuramah dan lawatan media mengenai game ini.

Semasa Barlog bercakap bersama US Gamer, pengarah God of War menjelaskan kenapa game single-player masih lagi dekat di hati beliau.

Beliau menjelaskan kenyataan lebih lanjut, “Game single-player mengotakan janji yang dinyatakan di belakang kotak CD. Ia mudah diakses, hanya perlu main itu sahaja dan rasa seronok.

Oleh sebab itulah kenapa game single-player adalah hebat. Saya masih lagi dapat perasaan ketika saya muda di mana, ‘Saya tak sabar nak balik rumah untuk berpindah ke dunia lain daripada yang lain.’ Filem fantasi gempak dari tahun 80-an masih lagi menjadi inspirasi saya seperti The Neverending Story. Kebanyakan orang pandang saya macam saya tak matang apabila saya katakan filem berkenaan adalah inspirasi saya dan mereka macam, ‘Tetapi itu filem untuk kanak-kanak.’ Dan saya balas balik, ‘Tak. Filem itu sangat mengagumkan!’ Ia adalah satu dunia berbeza yang mencorakkan satu gambaran untuk dunia yang kita tak tahu. Apa-apa filem dari tahun 80-an yang bermula dengan huruf ‘L’ seperti Legend, Labyrinth, Ladyhawk masih lagi membentuk saya dan memberi inspirasi kepada saya.”

Walaupun ada sesetengah game single-player besar tidak terjual seperti yang disangkakan, Nintendo dan Sony masih lagi fokus dan percaya terhadap kuasa membeli game single-player. Sebagai contoh, pada tahun lepas, Horizon Zero Dawn berjaya terjual sebanyak 7.6 juta unit dan merangkul gelaran IP baru paling banyak terjual untuk konsol PS4.

Adakah anda setuju dengan perasaan cinta akan game single-player sama seperti pengarah God of War? Kongsikan pendapat anda bersama kami!

Lebih kurang sebulan dari sekarang, God of War bakal dikeluarkan pada 20 April 2018 khas untuk PS4. Anda boleh teropong lebih koleksi Collector dan Digital Deluxe Edition God of War di sini.

Written by Intan Zarthana

Peminat besar Dragon Age, The Last of Us dan Uncharted. Sukakan game yang ada jalan cerita yang bagus.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

10 Game Dengan Difficulty Tahap Neraka Untuk Gamer Yang Suka Dera Diri Sendiri

Hellblade: Senua’s Sacrifice Versi Xbox One Telah Diumumkan, Menampilkan Pelbagai Ciri Tambahan